Seringkali, Israil sering menganggap merekalah yang menjumpai tanah Filistin ini dan mereka sering menganggap mereka “founding fathers” bagi tanah Suci ini dan hal ini jelas adalah salah satu usaha penjulingan sejarah yang cuba dibuat oleh puak Yahudi ini untuk menafikan kedudukan penduduk sebenar dan penemu asal tanah ini.
Tanah ini sebelum datangnya Yahudi/ Bani Israil sebenarnya telah ada penduduk yang telah mendiami tanah ini. Kiri kira Abad ke-3 sebelum Masihi telah ada penduduk yang lebih awal berbanding dengan kedatangan Yahudi di Tanah Filistin iaitu sekitar abad ke-12/13 Sebelum Masihi.
Penduduk tanah ini dikenali sebagai Masyarakat Kanaan. Masyarakat Kanaan ini terlebih dahulu membina pelbagai kota dan mempunyai tamadun mereka hasil interaksi budaya Tamadun Mesir dan Tamadun Yunani.
Masyarakat Kanaan ini terkenal dengan kelebihan mereka dalam membangun infrastruktur yang gah dan besar dalam tamadun manusia. Tidak sekadar itu, Kanaan juga terkenal dengan kemajuan perdagangan mereka di Laut Mediterranean.
Masyarakat Kanaan ini kemudiannya menuju kepada kemundurannya ekoran daripada penaklukan Bani Israil pada lewat Abad ke 13 Sebelum Masihi. Serangan serangan dari Mesir juga telah melemahkan tamadun Kanaan ini dan akhirnya masyarakat Kanaan ini kemudiannya mulai rebah dan berasimilasi dengan tamadun di sekitarnya seperti Yahudi, Mesir dan Yunani.
Legasi Kanaan ini kemudiannya diteruskan oleh Phoenicia yang mewaris legasi Kanaan dan meneruskan agenda dalam bidang Ekonomi Kanaan yang berdagang di Laut Mediterranean.




No comments yet