Pada 18 Disember 2018, Amerika tular berkenaan isu seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang mengaku identitinya sebagai “queer” dan menari di sebuah kelab malam gay, mencetuskan pencanggahan pendapat di dalam negara tersebut.
Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Desmond Is Amazing mencetuskan kemarahan bukan sahaja dari kalangan konservatif, bahkan golongan liberal yang merasakan ini perkara yang melampau.
“Kanak-kanak hetero yang masuk kelab malam heteroseksual dianggap salah kerana bawah umur, jadi kenapa Desmond yang jelas bawah umur, bukan sahaja masuk kelab malam, bahkan menari tidak menjadi masalah?”
Begitulah persoalan yang dilontarkan berkenaan isu ini.
Baru-baru ini, Desmond Is Amazing berada di perhimpunan Gay Pride, disambut meriah bukan sahaja para selebriti, tetapi juga diangkat oleh media-media pro-liberal seperti CNN, CNBC dan banyak lagi media lain.
Persoalannya, kenapa Desmond yang jelas masih di bawah umur dibenarkan menari di kelab malam dan ke perhimpunan Gay Pride, dianggap baik oleh pihak media ini, sedangkan ia jelas ini adalah satu eksploitasi kanak-kanak?
Camille Paglia, seorang professor dari University of the Arts, Philadelphia, merupakan seorang pengkritik budaya kontemporari, melihat LGBT ini sebagai permulaan keruntuhan ketamadunan Barat, sama seperti beberapa tamadun yang lain seperti Tamadun Babylon, Indus dan Rome.
Menurut Paglia, “trend klinik pembedahan jantina yang makin berleluasa serta menukar jantina anak yang semakin berleluasa” di negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan sebagainya, telah menular dan ia memberi kesan buruk ke atas psikologi kanak-kanak tersebut.
Paglia menganggap trend ini sebagai penderaan kanak-kanak kerana pemaksaan penerapan ideologi terhadap kanak-kanak tersebut.
Beliau menganggap bahawa trend terbaru ini sebagai tanda “sebuah masyarakat yang tidak lagi percaya dengan ketamadunan sendiri” dan simptom ini telahpun berlaku dalam kejatuhan tamadun sebelum ini.
Kebimbangan Paglia juga disambut oleh seorang lagi tokoh pemikir, Jordan Peterson yang merupakan seorang pensyarah di University of Toronto, Kanada.
Menurut Peterson, kecenderungan manusia yang melanggar fitrah (biologi) dan hanya mahu meletakkan perasaan semata-mata, hanya akan mengakibatkan keruntuhan moral disamping mengakibatkan kadar populasi menurun dan mengakibatkan keruntuhan tamadun.
Dan apabila ditanya oleh aktivis LGBT berkenaan beberapa bukti spesis lain yang wujud perilaku homoseksualiti di dalam alam semulajadi, Peterson hanya membalas, “haiwan tidak membina tamadun seperti manusia.”
Peterson juga merasa pelik dengan akronim LGBT yang semakin panjang, yang pada mulanya LGBT, kemudiannya menjadi LGBTQIA, dan kini ada beberapa golongan yang mahu menjadikan pedopilia dan zoopilia sebagai pilihan seks hidup.
“Kalau menjadi gay atau lesbian tidak salah, kenapa menjadi pedopilia dan zoopilia jadi salah? Dan apabila melihat akronim ini semakin panjang dan melarat, maka ini buktinya semua perkara hanya melibatkan perasaan dan bukannya kehendak biologi.”
Professor Roberto De Mattei, salah seorang ketua penyelidik Badan Penyelidik Nasional di Itali mendakwa Empayar Rom jatuh kerana selepas Perang Punik dengan Empayar Carthage di Afrika, penghambaan seks homoseksual berleluasa daripada tawanan perang dari bekas tentera Carthage yang mengakibatkan merebaknya penyakit kelamin dari kalangan tentera Rom.
Dengan penyakit kelamin ini, Rom mula diserang oleh puak lain seperti Visigoth yang menakluk sebahagian besar Sepanyol, dan Atilla The Hun yang mengakibatkan kejatuhan empayar tersebut.
Tetapi walaupun dengan kaji selidik yang teliti daripada ketiga-tiga professor ini, golongan liberal terutamanya yang memperjuangkan hak LGBT ini menolak pandangan professor ini dengan menggelar mereka sebagai “bigots”, “sexist” dan “homophobia” kerana pada mereka, perasaan mereka mengatasi segala-galanya termasuk fakta.
RUJUKAN:
Fall of Roman Empire caused by ‘contagion of homosexuality’. https://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/europe/italy/8438210/Fall-of-Roman-Empire-caused-by-contagion-of-homosexuality.html
Jordan Peterson on Gay Marriage and Gay Parents. https://youtu.be/dNDSektTxnI
Lesson from History: Transgender Mania is Sign of Cultural Collapse – Camille Paglia. https://www.youtube.com/watch?v=I8BRdwgPChQ
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih