Maryam Astrulabi merupakan seorang wanita yang berasal dari Abad ke-10 Masihi. Beliau dilahirkan di Aleppo, Syria. Nama sebenarnya Maryam Al-Ijliya. Bagi Umat Islam, posisi kaabah untuk umat Islam menunaikan Solat adalah suatu perkara yang penting kerana umat Islam menghadap kepada Kaabah setiap hari. Justeru itu, diperukan suatu kaedah yang tepat bagi umat Islam menghadap kepada arah Kiblat.
Maka, lahirlah idea Maryam Astrulabi ini untuk membina gajet atau membina penemuannya sendiri dalam bidang astronomi. Maryam membangunkan Astrolab bagi mengukur arah bintang dan matahari bagi mengukur ketepatan arah Kiblat untuk umat Islam menunaikan Solat Lima Waktu.
Astrolab yang dibangun oleh Maryam Astrulabi ini bukan sahaja mampu membantu umat Islam dalam penentuan arah Kiblt, malahan juga dapat membantu Umat Islam dalam menentukan tarikh tarikh tertentu dalam kalendar Islam seperti penenuan Hari raya dan puasa.
Astrolab yang dibuat oleh Maryam merupakan suatu kaedah yang dibuat berdasarkan kiraan dan ukuran matematik, dan kebijaksanaannya dalam membina Astrolab ini. Sekaligus menjadi antara penemu yang terbaik dalam bidang Astronomi.
Bgai menghargai karya Maryam Astrulabi dalam bidang Astronomi, Henry E.Holt menamakan sebuah “main belt asteroid” dengan nama “7060 Al-Ijliyye bersempena dengan nama Maryam Astrulabi ini.




No comments yet