Bagi komuniti astronomi, planet Marikh mengundang pelbagai persoalan tentang keadaan planet satu ketika dahulu. Disebabkan penemuan molekul air di Marikh, ramai menjangkakan ia pernah mempunyai cuaca panas dan keadaan basah. Pada masa sama, bukti lain menunjukkan ia sentiasa sejuk tidak sampai ke tahap kering-kontang. Tetapi saintis percaya Marikh pada masa lalu merupakan dunia yang sejuk dan basah.
Menerusi kajian yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences, senario sejuk dan basah Marikh turut menjelaskan kewujudan lautan cecair yang luas di hemisfera utara Marikh sehingga ke kawasan kutubnya. Para pengkaji menghasilkan satu model bagi menjelaskan kewujudan bukan saja lautan cecair di sebelah utara tetapi juga lembah glasier di tanah tinggi di hemisfera selatan.
Hasil pengiraan mereka mengikut model Marikh yang dibuat mendapati laut di planet tersebut boleh kekal stabil walaupun purata suhu boleh mencecah di bawah 0°C lebih tiga bilion tahun lalu. Menerusi model sama, mereka membayangkan penara-penara yang diliputi ais di sebelah selatan dengan glasier mengalir kembali ke laut. Kadar hujan di pesisir pantainya sudah pasti sederhana. Dengan suhu 4.5°C, permukaan laut tidaklah terlalu panas tetapi cukup untuk mengekalkan bentuk cecairnya.
Kunci kepada semua keadaan ini ialah udara. Dari segi ketumpatan udara, ketumpatan atmosfera Marikh ialah 1% berbanding ketumpatan atmosfera bumi. Tetapi sekiranya Marikh mempunyai ketumpatan atmosfera sama seperti bumi dan terdiri daripada 10% hidrogen dan bakinya karbon dioksida, maka senario yang dinyatakan tidak mustahil berlaku pada masa silam.
Ini turut menyokong analisis sebelum ini bahawa atmosfera Marikh mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi satu ketika dahulu. Bagaimanapun, ia perlahan-lahan kehilangan ketumpatan selepas terdedah kepada aliran partikel dari matahari. Model sebegini sememangnya menarik untuk menerangkan situasi aneh di Marikh. Tetapi lebih banyak kajian dan bukti perlu dikemukakan bagi mengetahui keadaan sebenar Marikh berbilion tahun lalu.
RUJUKAN
Carpineti, A. (2022, 17 Januari). Mars Was Likely A Cold, Wet World 3 Billion Years Ago. IFLScience.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih