Manusia suka mengembara. Dari masuk ke kampung pedalaman, kawasan esotik, sampai ke Kutub Utara dan Selatan sudah kita jejak. Angkasa lepas jangan cakaplah! Elon Musk siap plan nak buat koloni kat Marikh lagi!

Tapi lautan ni susah sangat kita nak teroka. Sebanyak 3% saja mampu teroka. Ini maksudnya hanya permukaan lautan saja yang kita tahu! Bahagian dalam lautan sampai ke dasarnya pula, hanya Tuhan yang tahu.

Ramai saintis fikir macam mana nak teroka seluruh lautan di Bumi ni. Siap ada berfikir untuk tinggal terus dalam lautan. Jadi, masalahnya sekarang, bolehkah kita tinggal di dalam lautan? Jawapannya terletak di sebuah projek yang begitu mencabar!

Terdapat satu projek bernama ‘Precontinent’, iaitu projek menetap dalam lautan menggunakan rumah kaca berbentuk silinder yang diusahakan oleh penyelam skuba bernama Jacques-Yves Cousteau.

Projek ini terletak di Laut Merah dan seramai 5 orang saintis menetap dalam rumah kaca selama sebulan dengan kedalaman 10 meter. Keputusannya? Kesemua saintis selamat tinggal dalam lautan!

 

 

Jadi, dengan kecanggihan teknologi, memang tak mustahil manusia mampu menetap dalam lautan. Lagi satu kita perlu peka ialah, adakah badan kita berevolusi kalau menetap bertahun-tahun dalam lautan?

Kebanyakkan saintis menjawab bahawa manusia boleh berevolusi, badan semakin melebar, jejari tangan akan bersatu menjadi bentuk sirip, kaki semakin mengecut, dan mata semakin membesar. Tak mustahil kita boleh berubah menjadi duyung!

Kesimpulannya, nak membina koloni di dasar lautan mungkin tidak akan terjadi pada zaman kita. Mungkin zaman cucu-cicit kita akan datang ada usaha lebih serius akan projek sebegini. Mungkin juga lahir kaum duyung macam kisah The Little Mermaid.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply