Di dalam Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society bilangan 45, terbitan tahun 1906 ada di dalamnya himpunan ‘Mantra Gajah’ atau Mantera Gajah, yang disusun oleh W.G Maxwell.

W.G. Maxwell adalah seorang penjawat awam British di Tanah Melayu, pernah bertugas sebagai Penasihat British bagi negeri Kedah, dan kemudiannya menjadi Residen Perak. Beliau menyumbang artikel bagi jurnal ini, kebanyakannya catatan perjalanan beliau ke seluruh Tanah Melayu, sebelum sibuk bertugas sebagai penasihat dan residen.

Beliau dikenali masyarakat Melayu terutama di utara Tanah Melayu sebagai seorang yang mengagumi cara hidup dan sosial masyarakat Melayu.

Minat dan kekaguman beliau mendorongnya untuk menulis dan melihat sendiri bagaimana sosiobudaya Melayu ketika itu sangat rapat dengan gajah sebagai pengangkutan, persembahan khas kepada para Raja Melayu juga sebagai ‘mesin’ yang membantu membersihkan hutan untuk mengerjakan ladang.

Gajah ketika itu juga sangat dihormati sebagai rakan, malah diangkat dalam masyarakat Melayu ketika itu sebagai haiwan yang memiliki roh dan semangat yang menjaga hubungan manusia-haiwan tersebut.

Di dalam Hikayat Hang Tuah misalnya ditulis bagaimana gajah dijadikan kenderaan yang dinaiki oleh Raja-raja sebagai pengangkutan juga berburu. Catatan Portugis pula ada menulis bagaimana gajah perang digunakan oleh Melaka semasa mempertahankan Melaka, juga betapa banyaknya gajah yang dimiliki Sultan Melaka ketika itu. Gajah adalah antara komoditi masyarakat Melayu selain kerbau dan haiwan-haiwan lain.

Dihujung tulisannya di dalam jurnal tersebut dinyatakan sumber W.G. Maxwell;

“This is the end of the book of mantras used in connexion with elephants, finished on the 27th day of Rajab 1296; taken from the mantras of Tunku Mantri Ibrahim bin Jafar, which are in the possession of Che Pandak Abdullah and committed to writing by Toh Sarif Aman; mantras which have come down from the Datohs Sri Adika Raja of Ulu Perak, Toh Kalaung and Toh Kalalang, to Toh Muda Abdulrauf and from him to the present day.”

Keupayaan masyarakat Melayu menguasai ilmu ‘Mantra Gajah’ ini dicatatkan meliputi segenap aspek; mantera untuk menangkap dan menjinakkan gajah, mantera berkomunikasi dengan gajah yang sedang bekerja membuka hutan untuk dijadikan ladang, mantera menjaga hubungan gajah dengan manusia, hubungan gajah dengan alam sekitar, mantera menjaga kesihatan gajah, mengubati sakit gajah, mantera untuk memastikan keselamatan di sekitar kawanan gajah dan manusia hinggalah bagaimana mantera memastikan gajah kekal tenang ketika di dalam kurungan atau apabila dirantai.

Di dalam himpunan mantera yang dihimpunkan itu juga terdapat senarai istilah ilmu bergajah, arahan-arahan ke atas gajah, senarai peralatan, perkakasan, keperluan yang digunakan oleh masyarakat Melayu ketika itu untuk memanfaatkan gajah dalam banyak cara.

Malah, ia juga dimuatkan tentang penelitian tentang pokok-pokok dan herba-herba liar dari hutan yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk mengubati sakit bukan sahaja sakit yang dihidapi manusia, tetapi juga sakit yang menimpa gajah-gajah mereka.

Mantera di bawah misalnya adalah antara himpunan mantera bergajah yang dimaksudkan. ‘Mantra Gajah’ menghimpunkan sehingga lebih 80 mantera yang biasa digunakan masyarakat Melayu ketika itu ke atas gajah.

Jika diteliti, ada seakan pengaruh Bahasa Siam yang diselitkan dengan Bahasa Melayu, selaian ada unsur ketuhanan yang bukan Islam, mungkin Buddha atau Hindu. Ini adalah amalan biasa ketika itu yang masih menyaksikan Islam masih dicampurkan dengan unsur-unsur ketuhanan lain yang lebih kuno, terutama dalam perkara-perkara yang membabitkan semangat hutan atau spiritual.

Jika dalam ilmu persenjataan Melayu, kita memiliki Kitab Ilmu Bedil, tetapi bagi ilmu bergajah khusus memanfaatkan haiwan ini, kita ada ‘Mantra Gajah’.

Orang kita dulu-dulu, bukan calang-calang ilmunya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.