Malaysia telah menjadi negara yang sedang membangun dan ketika ini negara kita telah merangka cita-cita untuk menjadi negara pengeluar yang berdaya saing. Dalam mengejar cita-cita tersebut kita sedang menempuhi peralihan Revolusi Indsutri ke-4. Berbagai pelan-pelan strategik telah di buat tapi masih kita tidak mampu mengejar revolusi industri ini. Berani saya katakan kita masih belum capai lagi Revolusi Industri ke-3.
Beberapa tahun lagi teknologi seperti Li-Fi, rangkaian 5G, kereta berkuasa elektrik, Internet of Things (IoT), Deep Learning dan sistem automasi yang mempunyai kemampuan Artificial Intelligence (AI) akan mula digunakan di dunia. Tapi apakah negara kita dapat menguasai teknologi berikut? Ataupun kita hanya perlu beli teknologi ini dari luar negara dan di ubahsuai sedikit mengikut citarasa serta kemampuan rakyat Malaysia. Berbagai mesyuarat, pelan dan kajian dibuat tapi ramai tenaga kerja RnD di negara mengatakan idea-idea mereka kadang-kadang tidak diendahkan. Maka disebabkan itu teknologi kita masih ditakuk lama.
Perkara ini berlaku kerana jawatan tertinggi di dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang berteraskan teknologi masih dikuasai oleh golongan entrepreneur. Sedangkan untuk memacu satu syarikat yang berteraskan teknologi pada abad ini kita memerlukan golongan technopreneur ataupun seseorang yang mempunyai daya inovasi. Mungkin pada tahun-tahun yang lalu kita masih boleh mengekalkan orang yang berlatar belakangkan ekonomi dan perniagaan kerana kita masih dalam proses membangun.
Tetapi dalam era ini teknologi berkembang dengan sangat pantas. Jika kita masih mengekalkan cara lama maka kita akan ketinggalan lagi jauh. Kita boleh ambil contoh kenapa syarikat besar seperti Google, Adobe, Amazon, AMD dan lain-lain mereka melantik CEO dari kalangan orang teknikal untuk mengetuai pekerja-pekerja syarikat mereka untuk menghasilkan sesuatu produk yang menjana keuntungan syarikat. Seorang ketua di dalam syarikat berasaskan teknologi perlulah mempunyai pandangan yang luas terhadap perkembangan teknologi serta berwawasan tinggi. Baru kita tidak ketinggalan lagi.
Disini saya senaraikan perbezaan Entrepreneur dan Technopreneur:-
Dengan kenyataan ini bukanlah kita tidak memerlukan golongan entrepreneur kerana saya menganggap “Human being is a puzzle of need”. Kita mempunyai tugas dan tempat yang sesuai untuk masing-masing. Sebagai contoh, golongan entrepreneur boleh memacu syarikat yang lebih kepada pemodalan, pengurusan kontrak, pemasaran dan lain-lain.
Kita perlu memberi peluang kepada golongan technopreneur dan sebagai orang yang terlibat dalam perniagaan berasaskan teknologi juga saya lihat terdapat ramai rakyat Malaysia yang berpotensi dalam technopreneur. Ramai dalam kalangan ini terlibat dalam syarikat startup dan tidaklah mendapat sambutan mungkin kerana tidak mendapat dorongan dari masyarakat, kebanyakkannya memilih untuk mempercayai produk keluaran luar negara berbanding buatan Malaysia dan kurang diberi bantuan dari segi model perlaksanaan permasaran.
Golongan technopreneur lebih sesuai untuk menjadi pemimpin syarikat teknologi kerana mereka lebih senada dengan pekerja bidang teknikal. Mereka lebih memahami masalah sesuatu produk tersebut dan mampu memberi arahan atau idea untuk menyelesaikannya. Perkara ini sangatlah membantu pembangunan sesebuah syarikat kerana pendapatan syarikat adalah bergantung dengan produk. Jika bagus produk tersebut maka makin ramailah yang akan membeli atau menggunakannya lantas memberi keuntungan kepada syarikat.
Selain itu, golongan technopreneur akan lebih cenderung untuk memberi jawatan kerja kepada mereka yang mampu menyelesaikan masalah dan bukannya orang yang mampu bercakap panjang lebar ketika temuduga. Rata-rata golongan mahir dalam teknikal tidak suka bercakap panjang lebar melainkan perkara yang dibincangkan itu menarik minat mereka. Sebagai orang teknikal, jika mereka mendapat ketua yang dapat memahami gerak kerja mereka ia adalah satu kelebihan.
Mereka tidak perlu bersusah payah untuk berkomunikasi dan hanya perlu fokus terhadap pekerjaan mereka. Ketua yang mempunyai pengetahuan teknologi lebih mudah untuk mengerakkan kemajuan syarikatnya. Ini kerana, mereka memiliki visi terhadap produk yang lebih jelas dan ringkas. Pengalaman mereka akan memudahkan syarikat untuk mendominasi didalam penghasilan teknologi untuk masa hadapan berbanding golongan yang tiada pengetahuan teknikal.
Akhir sekali, walaupun pengetahuan didalam teknologi adalah kemahiran kepimpinan yang penting untuk syarikat yang berasaskan teknologi, tetapi seseorang ketua yang mempunyai kemahiran dalam urusan perniagaan dan teknologi akan memberikan impak yang lebih baik. Suka saya cadangkan kepada anda untuk menonton drama bersiri “Silicon Valley”. Dengan menonton drama ini mungkin anda akan lebih memahami bagaimana caranya untuk menguruskan syarikat berasaskan teknologi.
Banyak teknik-teknik pengurusan yang anda boleh pelajari seperti “Scrum Management” untuk membantu seseorang menguruskan sesebuah kumpulan teknikal untuk membangunkan produk. Mungkin anda akan rasa banyak kelebihan akan memihak kepada golongan entrepreneur tetapi jika anda ukur dari jangka masa panjang. Golongan technopreneur ini akan lebih berjaya untuk memacu syarikat yang berteraskan teknologi. Anda boleh ambil contoh seperti syarikat Facebook, Instagram dan Tesla yang mengambil jangka masa panjang untuk berjaya. Kerana mereka sangat yakin dengan produk yang dihasilkan oleh mereka dapat memberi impak kepada manusia.
Rujukan:-
https://www.inc.com/aaron-skonnard/why-tech-savvy-ceos-rule-the-world.html
http://amppob.com/technopreneur-vs-entrepreneur/
http://bizzcomputing.blogspot.com/2009/04/entrepreneurs-vs-technopreneurs_03.html
https://www.slideshare.net/ManikantaswamySeerip/2-technopreneurship
https://www.hbo.com/silicon-valley
https://www.techworld.com/data/what-is-li-fi-everything-you-need-know-3632764/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih