Tanggal 7 September 1981, konglomerat premier British, Guthrie Corporation Limited telah ‘dirampas’ dalam tempoh kurang empat jam di London Stock Exchange. Ini merupakan pengambilalihan syarikat asing paling dramatik dalam sejarah penstrukturan semula ekonomi Malaysia pasca era kolonial.

Diasaskan di Singapura pada tahun 1821 oleh Alexander Guthrie, syarikat ini membawa masuk tanaman getah dan industri minyak sawit ke Malaysia. Pengambilalihan yang terkenal dengan istilah ‘Dawn Raid’ ini melibatkan kira-kira 200,000 ekar tanah (800km persegi) tanah pertanian di Malaysia berserta saham syarikat berkenaan.

‘Dawn Raid’ atau Serangan Waktu Subuh merupakan antara ‘military deception’ yang pernah digunakan dalam peperangan tertentu bagi mewujudkan elemen kejutan terhadap musuh.

Menurut Campbell R. Harvey di dalam buku beliau ‘Dictionary of Money and Investing’, ‘Dawn Raid’ bermaksud pembelian semua saham syarikat sasaran semasa detik awal pembukaan pasaran. Teknik dengan elemen kejutan ini memberi kelebihan kepada ‘raider’ untuk mengambil alih sejumlah saham yang banyak sebelum syarikat sasaran menyedari apa yang berlaku.

Segalanya bermula apabila mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir berasa ‘ralat’ kerana walaupun kita telah mencapai kemerdekaan pada 1957, hampir kesemua lombong bijih timah dan ladang getah masih dimiliki oleh syarikat-syarikat British dan disenaraikan di London Stock Exchange.

Pada masa itu, hampir 80 peratus kekayaan dan hasil eksport adalah daripada bijih timah dan getah. Undang-undang cukai korporat yang kurang cekap menyebabkan hampir 100 peratus keuntungan dibawa terus ke London.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut berminat untuk mengembangkan portfolio mereka dalam perladangan. Setelah berjaya mendapatkan syarikat perlombongan bijih timah terbesar di dunia, London Tin Corporation pada 1972, Guthrie (sekarang merupakan sebahagian daripada Sime Darby Berhad) adalah sasaran seterusnya.

Strategi kompleks ini dirangka oleh Tun Ismail Ali (abang ipar kepada Tun Mahathir) yang merupakan Pengerusi PNB dan bekas Gabenor Bank Negara. Beliau merupakan insan terbaik untuk mengetuai operasi kompleks ini – beribu batu jauhnya dari tanah air.

Sebaik sahaja pasaran London Stock Exchange dibuka pada pagi 7 September 1981, pasukan Malaysia ‘menyerbu’ pada masa yang sama namun bertindak secara berasingan.

Menurut peraturan pasaran saham British, apabila kita telah memiliki 30 peratus daripada saham sesebuah syarikat, kita perlu membuat tawaran terbuka untuk membeli baki saham dengan harga yang sama. Peraturan 30 peratus ini adalah untuk mencegah mana-mana individu memperoleh pegangan mutlak dalam syarikat ‘public listed’ di Britain.

Menjelang tengahari, Malaysia berjaya memiliki 30 peratus saham Guthrie melalui individu yang berbeza dan membuat tawaran terbuka untuk membeli baki saham.

‘Dawn Raid’ telah berjaya memanipulasi peraturan ini sehingga London Stock Exchange telah meminda peraturan mereka. Mereka berasa cukup tercabar dengan kebijaksanaan negara bekas jajahan yang telah berjaya merompak mereka ‘right under their nose’. Peraturan baru menetapkan sesiapa sahaja yang memiliki pegangan 5 peratus saham untuk membuat pengumuman secara terbuka.

Berita ini menggemparkan seluruh Britain. Pihak media dengan sokongan kerajaan mereka mula menyelar tindakan ini sebagai tidak beretika dan tidak berlandaskan prinsip kapitalis terbuka.

Kejayaan ‘Dawn Raid’ bukan sahaja memperkuat ekonomi negara malah menguatkan keyakinan kita di arena antarabangsa. Berbekalkan strategi dan pelaksanaan yang cekap, kita berjaya ‘MeMalaysiakan Syarikat Asing’.

Rujukan/Bacaan Lanjut:

  1. The ‘Unfinished Business’ of Malaysia’s Decolonisation: The Origins of the Guthrie ‘Dawn Raid’. Cambridge University Press, 2009
  2. A Doctor In The House; Mahathir Mohamad. MPH Publications, 2011
  3. Dictionary of Money and Investing; Campbell R. Harvey, 2012
  4. Company Overview of Kumpulan Guthrie Berhad: Bloomberg.com

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Meminati bidang sejarah dan sains politik. Berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Berpegang teguh pada prinsip perkongsian dan penyebaran ilmu.

Comments are closed.