Jerangkap samar banyak digunakan oleh Vietcong ketika menghadapi Amerika dalam P3rang Vietnam 1955-1975.

Salah satu jenis jerangkap samar yang popular digunakan Vietcong ketika itu adalah dari jenis libas (whip trap) dinamakan “Malayan Gate”.

“Malayan Gate” ketika itu mencalarkan maruah dan membvnuh ego Amerika di bumi Vietnam. Menundukkan mereka dan mengorbankan ramai anak muda Uncle Sam di tanah asing.

Ia juga diguna komunis untuk menjejaskan pergerakan pasukan keselamatan kita di dalam hutan semasa Darurat hinggalah ke lewat 1989.

Malayan Gate antara varian “booby trap” yang popular dijumpai.

Jadi British mungkin menemukan Malayan Gate pertama kami di hutan kita.

Namun mengapa ia dinamakan Malayan Gate, tidaklah dapat dipastikan.

Tetapi mengambil kira bahawa orang British dan Eropah menemukan jerangkap samar ini buat kali pertama di Tanah Melayu, ia juga dibuat dan dipelajari dari orang Melayu, maka ia diberi nama sedemikian rupa.

Asalnya, Malayan Gate menggunakan libasan dari pohon liat & mudah lentur sbg mekanisme utama. Hujungnya diikat buluh/kayu runcing sbg lembing bagi menikam haiwan jenis dada bidang atau berbadan besar. Malayan Gate boleh diselaras mengikut ketinggian mangsa utk impak maksima.

Ia kemudian dibina lebih kompleks dan mekanisme yang menjadikannya lebih kuat dan berkesan dalam memerangkap haiwan lebih besar.

Jerangkap samar yang asalnya digunakan untuk mendapatkan makanan, mula digunakan bagi menghadapi musuh dan mempertahankan kawasan kediaman.

Di Melaka misalnya, dalam menghadapi Portugis pada 1511, pertahanan Melaka direkodkan dengan jelas dalam terjemahan dokumen Portugis sendiri bahawa tentera Melaka banyak sekali memasang dan menggunakan jerangkap samar yang dipasang di tempat strategik di sekitar Melaka.

Malah dalam dokumen catatan lisan tentang P3rang Naning, antara p3rang gerila terawal orang Melayu menentang British di Tanah Melayu, dinyatakan bahawa pasukan Dol Said menggunakan strategi gerila dan ranjau untuk “menyambut” British yang melanggar Naning.

Malayan Gate adalah manifestasi kemahiran mandiri dan ilmu hutan orang Melayu telah lama wujud.

Malah reputasi itu kekal apabila ATM hingga hari ini menjadi rujukan jungle warfare utk SAS dan Marin Amerika belajar ttg kehidupan dan pep3rangan gerila dari dalam hutan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.