Melukut di tepi gantang adalah salah satu peribahasa terkenal Melayu yang digunakan bagi menggambarkan keadaan seseorang yang tidak lagi berdaya dan tidak lagi berguna, serta tidak mampu membantu bahkan dirinya sendiri, malah tidak dihiraukan lagi kerana tidak berkuasa.
Dalam peribahasa ini, perkataan melukut adalah satu perkataan, bukannya gabungan imbuhan ‘me’ dengan perkataan ‘lukut’.
‘Melukut’ bermaksud butiran beras hancur atau sisa-sisa, hujung-hujung beras yang patah atau habuk-habuk beras. Dalam istilah Jawa dipanggil ‘menir’.
Gantang pula adalah alat sukatan bagi piawaian beras malah menjadi unit isipadu bagi beras dan bijirin, apa yang Bahasa Inggeris gelar sebagai ‘bushel’.
Jadi mengapa digunakan gambaran beras dalam peribahasa ini?
Kerana beras secara asalnya sangat penting dalam sosiobudaya Melayu, sebagai makanan ruji masyarakat di dalam Alam Melayu. Beras yang disukat menggunakan gantang lebih penting lagi kerana selain digunakan untuk sukatan menanak nasi, beras juga pernah ketikanya dijadikan sebagai tukaran matawang untuk urusniaga harian orang Melayu.
Namun, tidak bagi melukut. Ia sisa beras yang tidak lagi diperlukan. Beras jika sudah jadi melukut, ia tidak lagi bernilai, malah tidak layak pula untuk dijadikan makanan.
Melukut tidak akan disukat di dalam gantang, kerana ia tidak lagi bernilai seperti beras sempurna.
Siapa yang mahukan habuk beras, atau beras yang sudah beserdak, hancur berderai?
Begitulah juga kita sebagai orang Melayu, jangan sampai kita melukut di tepi gantang, kelak hina tiada siapa yang pandang.
GAMBAR: Alat piawai gantang dari Brunei dengan tulisan Jawi “Inilah gantang perintah Brunei al-malik al-‘adil tarikh fi sanat 1322”, mungkin alat yang digunakan sekitar 1899 untuk sukatan beras dan bahan-bahan lain sebagai piawaian setara, unit kiraan isipadu ‘gantang’, yang pada piawaian Unit SI hari ini adalah lebih kurang 4.8liter. (Dijual di Michael Backman Ltd, London)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih