Persoalan sama ada makhluk asing ini wujud atau tidak sentiasa menggamit perhatian para saintis dari pelbagai disiplin. Justeru, usah terkejut jika ada saintis yang menghantar mesej ke angkasa lepas dengan harapan mewujudkan komunikasi dengan makhluk berkenaan. Bagaimanapun, Dr Michio Kaku berpandangan ia boleh membuka jalan kepada penaklukan bumi oleh makhluk berkenaan.

Ya, sesiapa yang membacanya merasakan ini sebagai satu jenaka. Tetapi komen ahli teori fizik terkenal ini timbul tatkala Teleskop Angkasa Lepas James Webb hampir siap sepenuhnya dan bakal dilancarkan ke angkasa lepas pada Oktober ini. Teleskop yang bernilai AS$8.8 bilion dilihat bakal mengatasi Teleskop Angkasa Lepas Hubble dengan keupayaan melihat lebih banyak galaksi termasuk planet-planet untuk dikaji saintis.

Rajah 1: Ilustrasi grafik Teleskop Angkasa Lepas James Webb

Dengan kelebihan yang dimiliki Webb, Kaku melihat peluang mengadakan komunikasi dengan peradaban makhluk asing amat tinggi. Ini berikutan dengan lambakan galaksi yang dilihat, ia membuka ruang kepada kajian pelbagai planet termasuk yang berpotensi mengandungi hidupan. Begitupun, beliau melihat idea tersebut sebagai idea merba.ha.ya dengan menjadikan kisah Hernan Cortes dan Moctezuma sebagai perbandingan.

Rajah 2: Pertemuan Hernan Cortes-Moctezuma merupakan contoh pertembungan tamadun asing yang boleh berubah menjadi buruk.

Bagi pengkaji kisah Conquistador, Cortes merupakan figura yang bertanggungjawab menjatuhkan Empayar Aztec selepas berbulan-bulan dilayan dengan baik oleh raja terakhir empayar tersebut, Moctezuma II selepas tiba di situ pada awal abad ke-16. Bagaimanapun, pertelagahan tercetus selepas baginda mendapati Cortes mula merancang menggulingkan baginda dan menjadikan seluruh wilayah Aztec sebagai jajahan baru Sepanyol.

Tidak mahu melepaskan peluang yang terhidang, Conquistador itu menahan Moctezuma sebagai tebusan dan dijadikan sebagai proksi Cortes di situ. Akhirnya, baginda dikatakan dihukum b.un.uh oleh warganya sendiri tetapi versi kisah tersebut diragui sesetengah pakar sejarah. Sesetengah pakar berpandangan Moctezuma dib.un.uh oleh pihak Sepanyol selepas gagal menenangkan warganya daripada menentang mereka.

Bagi Kaku, kisah ini mempunyai beberapa pengajaran. Pertama, prospek pe.ra.ng antara kedua-dua spesis bila berlakunya pertembungan tamdun berbeza. Kedua, kepentingan komunikasi terutama mengelak salah faham yang boleh saja menjadi pencetus konflik antara kedua-dua pihak.

Dalam kes Moctezuma, baginda didakwa Cortes bersedia menyerahkan kerajaannya agar dinaungi oleh Sepanyol. Bagaimanapun, dakwaan ini lebih bersifat sebaliknya – baginda menetapkan kedudukannya sebagai pemerintah Aztec yang sah kepada pihak Sepanyol. Para sejarawan percaya titah Moctezuma ini sengaja diseleweng oleh Cortes bagi menjustifikasikan kempen keten.ter.aan mereka di Mexico dan mendapatkan sokongan Raja Charles V.

Prospek se.ra.ngan makhluk asing ke atas bumi mendapat reaksi bercampur-campur dalam kalangan komuniti saintifik. Ada yang bersikap positif terhadap prospek tersebut walaupun ini bermakna makhluk asing akan datang ke bumi. Tetapi ada juga yang melihat sebarang mesej makhluk asing yang diterima berupaya mengha.nc.urkan peradaban manusia seperti mana Rom dilanda kekacauan pada tempoh awal penyebaran agama Kristian.

RUJUKAN:

Smith, A. (2021). ALIENS WOULD BE ‘FRIENDLY BUT WE CAN’T GAMBLE ON IT’ IN CASE THEY INVADE EARTH, SAYS STRING THEORIST MICHIO KAKU. The Independent.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.