Bunga kantan sekuntum RM3 di pasar. Pernah mencecah RM5 ketika musim perayaan.
Daun kesum seikat tiga batang dengan daun comel loteh, RM2 di pasaraya AEON Big Bandar Tun Hussein Onn.
Ikan sepat masin dua keping RM4.50. Ikan patin RM15 sekilo dan aku bajet ini ikan patin sangkor. Ikan bilis 100 gram yang paling hapak dan berabuk, RM5.00.
Yang paling refine, RM9.00.
Melihat harga makanan hari ini membuatkan aku menggeleng kepala. Harga makanan semakin mahal, dan manusia semakin mencekik-cekik untuk makan makanan yang berkhasiat.
Mereka tahu makan mi segera takde khasiat kecuali alas perut, tapi kalaulah ada pilihan lain.
Kilang ayam yang berlambak di Simpang Renggam, Machap, Bukit Serampang, Ayer Hitam dan sebagainya untuk ayam KFC seluruh Malaysia, kerana Johor Corp memiliki syer terbesar KFC Malaysia.
Harga ayam RM7.50 sekilo di Johor.
Melihat pada ini, aku melihat betapa sedihnya hidup sebagai rakyat di Mahathir’s Malaysia. Sibuk nak mengejar menjadi negara industri, sehingga terabai pertanian negara, sampai semua benda makanan nak kena import.
Kau bayangkan, setiap tahun kita mengimport cili dari Siam sampai berbillion ringgit. Alangkah bagusnya berbillion ringgit tu, orang Malaysia sendiri yang dapat.
Tapi kau akan cakap pada aku, “tanam cili tak menguntungkan. Tanam sawit je kalau petani zaman sekarang ni”.
Harga sawit jatuh teruk sebab India boikot Malaysia sebab mulut celupar seorang pemimpin, tak rasa perkara tu menyusahkan?
Kita dalam pertanian ni suka longgokkan semua benda dalam satu bakul. Kalau niaga getah zaman perindustrian kereta naik in the 50s-60s dulu, semua orang tanam getah.
Menjelang 70s-90s bila permintaan sawit meningkat, semua orang nak tanam sawit. Agaknya orang Melayu memang perangainya begini. Suka tanam ikut trend, bukan ikut kepentingan.
Contoh orang Melayu ni, kalau trend durian crepe tahun 2012-13 dulu, semua nak jual durian crepe. Bila durian crepe tak laku, jual pulak aiskrim pasu. Lepas tu bila aiskrim pasu tak laku, jual pulak kuih keria.
Macam perangai Pak Mat dalam lagu Sep Sep Tom Tom kanak-kanak. Jual topi, topi koyak. Jual tempoyak, tempoyak basi. Berniaga bukan sebab kepakaran, keperluan dan kestabilan jangka panjang. Tapi sebab trend jangka masa pendek nak kaut untung tinggi sekejap.
Aku faham, pasaran di luar sangat menguntungkan. Bayangkanlah, ada orang jual keropok Super Ring kat Amerika dia jual sampai $US5.00 sebungkus untuk paket kecik. Padahal harga kat sini seringgit je.
Peniaga kat Tel Aviv pun geleng kepala bila tengok Melayu niaga macam ni. Tapi berniaga macam ni memang untung cepat, tapi tak stabil.
Sampai bila orang Amerika nak gila makan Super Ring?
Sampai satu tahap, mereka pun akan muak dan akan pergi ke makanan lain.
Malaysia semasa industri zaitun di Itali, Greek, atau Turki tengah merudum 80an, atau minyak sunflower mahal gila, memang conquer pasaran minyak masak dunia.
Bayangkan bertahun-tahun Amerika goreng KFC pakai minyak jagung, akibat dari teknologi ethanol untuk biofuel yang berkembang tahun 70an, orang Amerika pun terpaksa beralih ke minyak sawit pada tahun 80an dan 90an sebab mahal sangat.
Tapi sebab perangai Melayu, suka longgokkan semua ke satu bakul, bila European Union lancarkan boikot sebab nak naikkan minyak soya, kita terus down. India boikot sawit Malaysia, terus FELDA down.
Kenapa tak pelbagaikan je pertanian negara ni supaya kalau satu down, yang lain boleh backup? Kenapa semua benda nak longgok ke satu jenis tanaman?
Kau bayangkan, nasi yang kau hari-hari makan pun, kena beli dengan Siam. Bayangkan, satu hari buatnya Thailand buat perangai dia, naikkan harga beras, tak kebulur rakyat Malaysia ni?
Ramai yang melihat remeh isu pertanian ni. Aku melihat dari sudut food security. Cuba bayangkan kalau makanan pun kau bergantung dengan negara asing, pekerja pun kau bergantung dengan negara asing, habis tu macam mana negara kau nak berfungsi kalau kita ada masalah di luar sempadan negara kita?
Kebergantungan kita terhadap sumber makanan dari negara luar sebenarnya amat merisaukan. Disebabkan 22 tahun Mahathir mengamalkan Dasar Perindustrian Negara, pertanian dianggap benda lekeh yang tak payah diambil pusing isunya. Kalau nak tanam pun, tanam benda yang boleh dibuat duit.
Nak jadi macam negara industri maju macam Jepun, kononnya.
Kat Jepun harga tembikai sampai ¥100 (RM30) sebiji, kau gila apa nak hidup macam tu? Takpelah kalau gaji penduduk Jepun tu average pun lebih daripada RM15,000 sebulan. Tu pun makan cekik-cekik jugak sebab banyak import.
Jepun tu memang la padan negara tu mengimport. Tanah subur tak banyak. Sungai banyak batu, nak tanam pokok pun tak seberapa banyak pun. Jadi dia counter la dengan buat benda teknologi canggih untuk orang beli, supaya dia mampu beli makanan biarpun mahal.
Malaysia buat kereta pun tutup cermin tepi kereta pun asyik sangkut je, lepas tu asyik jadi kilang untuk bina produk negara luar. Bila gaji orang Malaysia terlalu mahal, bawaklah datang sini orang Vietnam, orang Bangladesh, orang Filipina kerja sini.
Sudahnya, industri negara tak ke mana, harga makanan melambung, dan tiap-tiap kali pergi pasar je, kita akan stress nak beli makanan sebab harga melambung naik tak setimpal dengan gaji yang kita dapat.
Jadi macam ni lah. Kembalikan dasar pertanian negara. Buku Hijau yang Tun Razak buat tahun 70an tu, kita reform dan buatkannya dengan lebih baik dengan teknologi pertanian terkini.
Pelbagaikan sektor pertanian untuk kegunaan domestik. Wujudkan pelbagai bank dan dana untuk golongan yang baru nak bertani dan yang dah lama bertani.
Perhebatkan lagi pembelajaran tentang pertanian di peringkat sekolah hingga ke IPTA/S.
Make pertanian great again.
Sebab kalau tak, selamanyalah kau akan merungut depan bunga kantan dan daun kesum setiap kali kau teringin makan asam pedas atau laksa utara.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih