Tanggal 27 Mac 2020, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin meminjam nama Mak Cik Kiah bagi merujuk kepada golongan prekariat di Malaysia, di mana kerja dan hasil pendapatan mereka tidak tetap dan bergantung kepada nasib.

Mak Cik Kiah mengharungi kehidupan tipikal precariat – hidup bergantung kepada nasib (jualan goreng pisang) manakala sang suami bergantung kepada pencen dan uber (gig-economy).

Boleh sahaja YAB TSMY menggunanan terma prekariat dalam ucapan beliau- tetapi berapa kerat yang akan faham jargon ekonomi berkenaan?

Begitu juga halnya dengan istilah proletariat yang diabaikan terus oleh Sukarno – digunakan nama Kang Marhaen kerana lebih mudah untuk difahami jerit payah kehidupan sang petani bernama Kang Marhaen berbanding lenggok bahasa menara gading proletariat.

Pada tahun 1930, Presiden Sukarno telah memetik nama seorang petani dari Priangan, Dearah Bandung, Jawa Barat sebagai simbolisme kepada nasib rakyat kebanyakan atau proletariat.

Nama petani tersebut adalah Marhaen atau dirujuk sebagai Kang Marhaen dalam ucapan pembelaan beliau berjudul ‘Indonesia Menggugat’, semasa didakwa di atas tuduhan meggulingkan kerajaan penjajah bersama patriot-patriot Indonesia yang lain iaitu Gatot Mangkupraja dan Maskun Supriadinata.

Namun sekiranya analogi Mak Cik Kiah digunakan untuk menerangkan polisi atau Dasar yang diambil oleh pemimpin, analogi Kang Marhaen digunakan oleh Bung Karno di dalam ucapan pembelaan (pledoi) beliau di hadapan Landraad Bandung untuk menghentam polisi Belanda.

Dalam ucapan pembelaan beliau di hadapan penghakiman Belanda, Bung Karno berkata: “laporan Meyer-Ranneft-Huender menunjukkan, bahwa Kang Marhaen yang pendapatnya setahun rata-rata hanya 160 gulden – itu, harus membayar pajak sampai kurang lebih 10% dari pendapatannya; bahwa bagi bangsa Eropa pajak yang setinggi itu baru dikenakan kalau pendapatannya tak kurang dari 8.000 gulden- sampai dengan 9.000 gulden – setahun!”.

Nasib Kang Marhaen diulang-ulang dalam ucapan Bung Karno, “amboi, dan berapa besarkah upah yang biasanya diterima oleh Kang Kromo atau Kang Marhaen itu! Berapakah, umpamanya, besarnya upah di dalam perusahaan yang terpenting, yakni perusahaan gula,— perusahaan gula yang terdiri di tengah-tengah pusat pergaulan hidup Bumiputra, di tengah-tengah ulu hati pergaulan hidup itu? Menurut Statistisch Jaaroverzicht : rata-rata hanya 0,45 gulden sehari bagi orang laki-laki dan  0,35 sehari bagi perempuan!”

Ringkasnya, kedua-dua ucapan TSMY dan Bung Karno mencantumkan fakta dan lenggok bahasa yang mudah – khususnya dalam menganalogikan rintih nasib masyarakat yang dipersonifikasikan oleh Kang Marhaen dan Mak Cik Kiah.

Paling penting, kedua-dua ucapan tersebut membirakan harapan dan tidak bersifat ‘patronising’ atau merendah-rendahkan golongan yang diraikan. Kedua-dua ucapan juga mengikut rencam pentadbiran Asia yang meletakkan pemimpin sebagai ‘father figure’ dalam masyarakat.

Selaku pengkaji norma sosial – epitet seperti ‘Bapak Pendiri Bangsa’ dan ‘bersifat kebapaan’ tidak dipandang enteng, kerana kedua-dua terma tersebut membawa maksud yang dalam pada masyarakat Asia yang konvensional.

Sama ada ‘golongan kiah’ akan menjadi terma baharu seperti mana marhaen menggantikan terma proletariat dalam perbincangan arus perdana – cuma masa dan massa yang akan menentukan.

Apa-apa pun, penulis ingin mengucapkan, “hidup mak cik Kiah!”Nota tambahan: saya tak ulas panjang pasal maksud prekariat, sebab sudah diulas oleh saudara saya Ayman Rashdan Wong dalam tulisan beliau: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207344395967757&id=1821685114

RUJUKAN:

  1. Berman, E., & Haque, M. S. (2015). Asian Leadership in Policy and Governance. Bingley: Emerald.
  2. (1961). Indonesia Menggugat: Pidato Pembelaan Bung Karno di depan pengadilan kolonial Bandung, 1930. Jakarta: Depertemen Penerangan Republik Indonesia

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Syed Nizamuddin bin Sayed Khassim merupakan pegawai tadbir dan diplomatik berkelulusan Ijazah dalam Pentadbiran Awam (Masters in Public Administration) dari Universiti Malaya. Beliau juga turut memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pentadbiran dari UiTM Sarawak.

Comments are closed.