Peniaga makanan mesti tahu daging lembu tua mesti liat. Jadi semua pakat-pakat beli daging lembu dewasa (atau anak lembu terus).
Kalau ada rezeki, ada stok. Tiada rezeki untuk hari itu, terpaksa cari daging tanpa kira usia lembu.
Kebanyakan lembu pergi buat selamanya sebelum mencapai usia tiga tahun. Anggaran paling baik boleh kata dalam lingkungan 24 hingga 36 bulan.
Tetapi ada satu majlis makan malam yang guna lembu 600,000 bulan (50,000 tahun). Apa ceritanya?
Begini.
Amerika Syarikat walaupun bersatu sebagai negara mengamalkan undang-undang berbeza prinsip. Ada negeri membenarkan sesuatu yang dilarang negeri lain, senang cakap.
Setiap negeri boleh kata mematuhi adat istiadat masing-masing. Salah satu negeri ini adalah Alaska, yang melarang jual beli daging haiwan bυrυan.
Kata kunci di sini adalah “haiwan bυrυan”, bukannya “haiwan dibυrυ”. Jadi kalau nampak seladang (bison) mαti tepi jalan sebab pυtυs cinta sekalipun, orang ramai tidak dibenarkan ambil daging.
Ramai yang ikut peraturan. Ada yang tidak endah.
Penemuan Luar Biasa
Pasangan Walter dan Ruth Roman membawa anak-anak mereka ke pekan Fairbanks untuk mencari emas.
Mereka menggali satu kawasan dengan menggunakan mesin hidraulik. Kebetulan mesin ini mencairkan takungan air berlumpur yang sudah lama beku.
Dalam takungan ini, mereka terjumpa bαηgkαi seekor lembu… masih dalam keadaan elok (Rozell, 2002).
Terus mereka menghubungi pihak Universiti Alaska yang pantas menghantar pakar paleontologi Dale Guthrie. Beliau mengenal pasti jenis lembu ini adalah seladang (Bison priscus) yang usianya mesti puluhan ribu tahun.
Guthrie sedar yang bαηgkαi seladang boleh cair jika dibiar lama. Jadi beliau mengambil daging daripada bahagian leher untuk dibekukan. Bangkai itu dibiar dalam bongkah air berlumpur (yang masih belum cair sepenuhnya).
Daging leher ini mendedahkan segala-galanya tentang seladang ini. Mereka siap beri nama: Blue Babe. Kajian makmal mengenal pasti usia Blue Babe sekurang-kurangnya 36,000 tahun.
Teknologi lebih moden kemudian mengesahkan Blue Babe mαti 50,000 tahun yang lalu. Jadi mudah kata, Blue Babe hidup semasa Zaman Ais.
Dan ia tidak mαti kerana manusia prasejarah. Sebaliknya, Blue Babe menjadi mαηgsα singa spesis Panthera leoatrox (Harington & Naughton, 2003).
Bαηgkαi Blue Babe terus beku selepas mαti. Kira ada sesuatu yang berlaku, menyebabkan singa tersebut tinggalkan mαηgsαnya. Mungkin Blue Babe sempat melαwαη tetapi mαti kerana kecederααn terlalu pαrαh.
Setelah bertahun mengkaji, pasukan Guthrie sebulat suara bersetuju yang tiada apa lagi boleh diketahui daripada sampel leher ini… tiada apa kecuali satu benda saja: rasanya.
Mereka tidak boleh menjual daging Blue Babe. Masih terikat dibawah akta larangan. Jadi senang cerita, makan sajalah.
Memang gila kalau buat steak guna daging leher. Jadi mereka campak sayur dan rempah punya banyak, dan buat sup saja.
Guthrie mendapati daging Blue Babe ada beberapa bau. Pertama sekali, baunya sama seperti bau daging lembu moden. Tetapi ada sedikit sebanyak bau tanah dan cendawan.
Lapan orang dijemput ke majlis makan malam. Dan setiap seorang menghabiskan mangkuk sup mereka. Mungkin sedaplah jawabnya.
Kalau kata tidak sedap, kena tebal muka pula. Tetapi yang pasti, tiada seorang pun jatuh sakit kerana apa-apa kuman.
RUJUKAN:
Harington, C., & Naughton, D. (2003). Annotated Bibliography of Quaternary Vertebrates of Northern North America: With Radiocarbon Dates. University of Toronto Press. Halaman 117.
Rozell, N. (2002, April 25). Blue Babe, A Messenger from the Ice Age. Alaska Science Forum.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih