Masa korang kecik, biasa kena marah dengan mak ayah pasal main video game. Bila dah besar, kena marah dengan bini pulak. Haha. Namun, takde masalah sebenarnya korang masih nak main game walaupun dah dewasa. Sebab gaming ada manfaat tau!
Kajian US National Institutes of Health-funded yang melibatkan lebih 3,000 pesara menunjukkan gaming boleh mengurangkan risiko dementia sehingga 30%. Penyakit nyanyuk yang biasa menyerang orang tua ini boleh dicegah jikalau penggunaan otak sentiasa aktif.
Gaming membantu persepsi mental, membuat keputusan, menggambarkan, penaakulan dan mengingat semula memori. Semua skil ini digunapakai semasa gamer memandu, menembak dan membuat pilihan dalam video game.
Université de Montréal buat kajian yang mengatakan kalau orang main video game 15 minit dalam sehari, paling tidak 3 kali seminggu, ia boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.
Genre game orang dewasa lebih cenderung kepada life-decision seperti real-time strategy games, online puzzles dan brain teasers. Bila umur dah lebih 30 tahun, gamer nakkan permainan yang lebih mencabar minda. Mungkin kerana seiring usia berganda, semakin banyak keputusan penting dalam hidup perlu dibuat seperti perkahwinan dan penjagaan anak. Gaming membantu untuk membuat keputusan tepat dan menanggung akibatnya.
Ramai yang tak sedar pengaruh baik gaming kepada mental. Gaming selalu mendapat pandangan sinis dari pasangan. Benda simple je. Korang nak gaming tu boleh, tapi jangan sampai mengabaikan tanggungjawab kepada pasangan atau anak.
Bila dah tugas sempurna, korang tunjuklah trivia ni kepada pasangan dan cakap: “Abang main game ni supaya tak lupa awak di hari tua”.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Gaming membantu penjagaan mental korang. Lagipun main game boleh release-stress. Korang kena tahu lagi bagaimana mental manusia berfungsi. Bacalah THE HUMAN COMPLEX. Klik https://bit.ly/TheHumanComplexShopee




No comments yet