Mahmud June ialah seorang pelakon yang serba boleh. Di Cathay Keris, beliau sangat terkenal dengan watak jahat. Tetapi di tangan P.Ramlee, Mahmud June bertukar menjadi seorang pelakon lawak dengan watak Pak Maon.

Mahmud June atau nama sebenarnya Mahmood bin Derani lahir pada 20 Januari 1921 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Ngat yang terletak berhampiran dengan rumahnya.

Mahmud June pernah bekerja sebagai tukang sapu dan penjual tiket di Grand Jubilee Opera, Ipoh. Di sinilah dia mula terdedah dengan seni lakonan sehingga menjadi seorang pelakon bangsawan yang terkenal pada tahun 1940-an dan
1950-an.

Sejak berlakon filem di Cathay Keris pada 1958, Mahmud June sangat terkenal dengan watak penjahat seperti Panglima Merak Hitam (Noor Islam), Pateh Karma Wijaya (Hang Jebat), Awang Sulong (Sri Mersing), Megat Rambai (Jalak Lenteng),

Lakonannya sangat berkesan dan menimbulkan rasa benci penonton kepadanya. Malah di satu peringkat, Mahmud June pernah diludah oleh penonton yang baru keluar daripada panggung wayang selepas menonton filem Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang.

Selepas kontraknya dengan Cathay Keris tamat pada tahun 1962, Mahmud June berhijrah ke Studio Merdeka di Kuala Lumpur. Di awal kerjaya lakonnya di Kuala Lumpur, Mahmud June masih diberi watak jahat seperti di Cathay Keris.

Ketika P. Ramlee mengarahkan Sitora Harimau Jadian, filem pertamanya di Kuala Lumpur, Mahmud June telah dipilih untuk memegang watak sebagai Sitora, seekor harimau jadian yang sering mengganggu penduduk Kampung Kiambang.

Kemudian P. Ramlee telah mengubah gaya lakonan Mahmud June daripada crook kepada komedi dalam filem Masam-Masam Manis (1965) dan Do Re Mi (1966).

Tapi, watak Mahmud June yang paling diingati sampai ke hari ini ialah Pak Maon dalam filem Nasib Do Re Mi (1966). Mentang-mentanglah ada menari twist, 10 tiket dia balun. Lepas tu dia berjoget sakan di Malam Pesta Muda Mudi sampai bentara guru datang serang.

Dalam satu temubual bersama penulis kami, Hidir Ali Razali pada tahun 1998, Mahmud June pernah bercerita tentang bagaimana babak baca buku sejarah dalam filem Nasib Do Re Mi itu tercipta. Menurut kata Mahmud June, dalam babak asal Pak Maon hanya perlu duduk berehat di atas kerusi sambil membaca surat khabar.

Ketika menunggu babak itu diambil, Mahmud June duduk di satu sudut sambil baca sebuah buku syair. P. Ramlee yang ketika itu sedang sibuk memberi penerangan kepada semua kru yang terlibat tiba-tiba terdengar suara Mahmud June bersyair.

Tiba-tiba P.Ramlee berkata: “Cilaka! Buat macam ni bang!” dengan nada bersungguh-sungguh. Mahmud June tergamam dan bertanya, “Buat apa Ramlee?”

P. Ramlee jawab: “Aku nak abang buat syair ni!”. Mahmud June tanpa banyak soal mengikut arahan P. Ramlee. Surat khabar yang sepatutnya dibaca oleh Pak Maon dalam babak itu digunting-gunting dan ditampal dalam sebuah buku latihan untuk dijadikan prop.

Itulah kisah bagaimana babak Pak Maon baca buku sejarah dalam filem Nasib Do Re Mi boleh tercipta. Ia terjadi dengan spontan saja!

Watak Pak Maon ini adalah salah satu simbol kekuatan yang ada dalam filem Nasib Do Re Mi. Ternyata Mahmud June mampu untuk membawa watak lucu sama seperti menghidupkan watak penyangak.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang peminat sejarah filem tanah air. Suka menonton filem-filem Melayu hitam putih, terutama sekali arahan Hussain Haniff dan M. Amin.

Comments are closed.