Kebiasaannya, penje.na.yah akan berusaha menghilangkan semua jejak mereka sebaik saja menjadi buruan pihak berkuasa. Ada yang sanggup lari ke luar negara atau menukar rupa melalui pembedahan plastik bagi memastikan mereka bebas daripada semua itu. Tetapi siapa sangka kerana resepi lazat yang dikongsikan di YouTube, itu juga yang menjadi punca kejatuhan seorang penyeludup da.da.h Itali.
IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5
Ini berlaku kepada Marc Feren Claude Biart, 53. Biart menjadi buruan pihak berkuasa Itali sejak tahun 2014 kerana merupakan penyeludup da.da.h bagi mafia Ndrangheta. Ndrangheta merupakan organisasi je.na.yah terancang yang beroperasi di Calabria sejak abad ke-18 lagi dan aktif dalam pelbagai kegiatan seperti ceti haram, penipuan dan penyeludupan.
Berdasarkan laporan akhbar Calabria News, Biart berjaya dikenalpasti pihak berkuasa apabila video dia memasak dimuatnaik ke saluran YouTube milik isterinya. Walaupun dia berjaya menutup mukanya dalam video berkenaan, Biart gagal menutup tatu badannya yang unik itu. Dengan kerjasama Interpol, pihak berkuasa berjaya memberkasnya di Boca Chica, Republik Dominica.
Rajah 1: Ciapan Calabria News tentang penahanan Biart. Sumber: Calabria News.
Walaupun tidak dinyatakan jenis video yang membawa kepada penangkapan Biart, video tersebut menjurus kepada masakan Itali. Tatu pada badannya itu sama dengan tatu yang direkodkan dalam pangkalan data polis Itali termasuk data ahli mafia yang melarikan diri ke luar negara.
Selepas melarikan diri pada 2014, Biart dan isterinya memilih bersembunyi di Boca Chica. Boca Chica dilihat sesuai kerana kebanyakan penghuninya merupakan komuniti Itali sekaligus membolehkannya bersembunyi secara senyap-senyap. Bagi para jirannya, mereka hanya mengenalinya sebagai Marc.
IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi
Tetapi Biart bukan satu-satunya ahli Ndrangheta yang ditahan atas sebab pelik. Pada Isnin lepas, pihak berkuasa Portugal mencekup Francesco Pelle di sebuah klinik di Lisbon. Dia dikatakan sedang mendapatkan rawatan pandemik Covid-19 di klinik berkenaan semasa ditahan. Pelle yang menjadi buruan polis Itali atas kesalahan membu.nu.h dilabel sebagai penje.na.yah paling dikehendaki mereka sejak 14 tahun yang lalu.
Rajah 2: Francesco Pelle
Ndrangheta merupakan antara sindiket je.na.yah terancang yang digeruni di Eropah berikutan mempunyai kawalan terhadap pasaran ko.ka.in di benua berkenaan. Selain itu, organisasi ini turut mempunyai operasi di beberapa negara asing seperti Australia, Argentina, Belgium, Kanada dan Jerman.
RUJUKAN:
Muzaffar, M. (2021). Mafia fugitive caught after seven years on the run thanks to YouTube cooking show. The Independent.




No comments yet