Mitos takkan boleh lari dengan kebudayaan setiap bangsa di dunia ni. Macam Tarian Naga ni juga, ia turut diambil dari sebuah mitos yang wujud sejak Dinasti Han (206 SM-220 M).

 

Tarian Naga digunakan untuk proses pemujaan hujan oleh nenek moyang terdahulu sebelum beransur-ansur menjadi sebuah tarian hiburan seiring peredaran waktu.

 

Tarian Naga ni tak sama dengan Tarian Singa. Tarian Naga ni pula ada 2 jenis iaitu Tarian Naga Selatan dan Tarian Naga Utara.

 

Tarian Naga Selatan berasal dari selatan Sungai Yangtze, manakala Tarian Naga Utara berasal dari utara sungai tersebut. Tarian Naga Utara pula lebih kecil berbanding Tarian Naga Selatan.

 

Tarian Naga Utara lebih popular di seluruh dunia. Ia juga dipersembahkan di Malaysia, China, Hong Kong dan Singapura.

 

Dalam zaman Dinasti Tang dan Dinasti Song, tarian naga jadi sebahagian daripada perayaan Tahun Baharu Cina.

 

Mitosnya datang dari sebuah kampung bernama Lotus, terdapat seorang wanita yang dikatakan hamil selama 999 hari sebelum melahirkan seorang bayi lelaki dengan sisik naga yang indah.

 

Bayi itu kemudian dibunuh dan jadi naga emas. Sewaktu kejadian, angin bertiup kencang dan awan amat gelap. Naga tersebut semakin lama semakin membesar sehingga mempunyai panjang puluhan kaki.

 

Naga emas ni lah yang membawa hujan pada masa kemarau di kampung tersebut. Penduduk setempat buat bunga naga menggunakan 999 kelopak teratai untuk menyambut Tahun Baharu Cina sebagai tanda syukur.

 

Ada satu lagi mitos tetapi berkenaan naga hijau. Pada suatu hari, ada sebuah kota yang subur dilanda hujan yang tak berhenti dan banjir besar.

 

Tetapi anehnya, bencana ni hanya berlaku di dalam kota je manakala di luar kota kemarau kering kontang.

 

Di luar kota tu ada gunung yang didiami oleh Naga Hijau. Naga Hijau ni rasa ada yang tak kena dengan bencana ni.

 

Naga ni pun terbang ke tempat Maharaja Jed (Yu Huang Da Di). Naga Hijau ni berjumpa dengan dewi-dewi di langit lalu dewi bagitahu Maharaja Jed mabuk dan sambil menconteng buku catatan hujan.

 

Lalu Naga Hijau pun pergi menghadap Maharaja Jed untuk mendapat kepastian.

 

Didapati Maharaja Jed masih lagi tidak sedar dan sedang tidur. Lalu Naga Hijau check buku catatan hujan di dalam istana Maharaja Jed.

 

Ada kesalahan tulisan dalam buku tu yang mengakibatkan banjir di kota dan kemarau di luar kota tersebut.

 

Naga Hijau pun betulkan kesalahan tu. Akhirnya keadaan mula stabil.

 

Tapi Maharaja Jed sedar ada orang ubah buku dia. Dia murka dan nak hukum Naga Hijau.

 

Maharaja Jed hantar utusannya untuk hukum Naga Hijau tu. Diorang bertarung dan naga tu kalah dan cedera parah.

 

Masyarakat Cina pun mula memperingati jasa Naga Hijau pada hari ke-15 Tahun Baharu Cina.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Alang-alang Tahun Baharu Cina ni, korang boleh belajar banyak lagi mitos-mitos Cina yang lain bersama KITAB TAMADUN CINA. Dapatkan segera! Rugi kalau habis!

https://shope.ee/509e6bR1FY


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply