Malaysia satu-satunya negara di dunia yang ada 9 orang raja berdaulat dan amalkan sistem penggiliran dan pemilihan jawatan YDPA dalam kalangan Raja-Raja Melayu sebagai ketua negara bagi Persekutuan Malaysia.

 

Tapi, korang tau tak macam mana bermulanya sistem penggiliran ni?

 

Jawatan Yang di-Pertuan Agong ni wujud hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.

 

Cadangan jawatan Yang di-Pertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat nak hapuskan Institusi Raja-raja Melayu.

 

Gelaran Yang Di-Pertuan Agong pernah hampir dipanggil sebagai Yang Di-Pertuan Besar. Majlis Raja-raja diberikan dua pilihan nama ini dan seterusnya Majlis Raja setuju untuk pilih gelaran Yang Di-Pertuan Agong.

 

Pada 31 Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja bersidang untuk undi pemegang takhta yang pertama.

 

Pada asalnya, undian penggiliran perlantikan jawatan Yang di-Pertuan Agong pertama kali diadakan dalam kalangan Raja-Raja Melayu adalah berdasarkan kepada senioriti tempoh pemerintahan.

 

Calon pertama paling senior berdasarkan tempoh pemerintahan ketika itu ialah Almarhum Sultan Johor, Sultan Ibrahim al-Masyhur yang memerintah negeri Johor sejak tahun 1895, tetapi baginda tolak atas sebab tua dan uzur.

 

Kemudian, tumpuan beralih pula kepada Almarhum Sultan Pahang ketika itu, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin yang memerintah negeri Pahang sejak tahun 1932, tetapi baginda pula tak dapat mandat penuh.

 

Seterusnya, undian bergerak pada calon ketiga iaitu Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu, Tuanku Abdul Rahman yang memerintah Negeri Sembilan sejak tahun 1933.

 

Baginda dapat mandat penuh dan akhirnya ditabal sebagai Yang Dipertuan Agong pertama.

 

Sejak itu, sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong bermula daripada Negeri Sembilan, kemudian Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

 

Senarai yang digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada senioriti negeri yang rajanya telah dipilih jadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini (1957-1994) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

 

Ada satu fakta menarik, kalau Brunei sertai Malaysia pada 1963, Sultan Brunei pun diberikan hak untuk bertanding sebagai Yang di-Pertuan Agong oleh Persidangan Raja-raja Melayu.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Menarik tak topik ni? Korang boleh selam lebih dalam pasal kerajaan-kerajaan Melayu yang lain dalam KITAB TAMADUN MELAYU. Dapatkan segera sementara stok masih ada!

https://shope.ee/10dEKWJgEG


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply