Sebelum wujudnya Sonic The Hedgehog yang menjadi ikon kebanggaan Sega, Nintendo teguh berdiri dengan ikonnya seorang tukang paip bernama Mario.
Tatkala Sega dan Nintendo bersaing dalam era konsol 16-bit, Naoto Oshima dan Hirokazu Yasuhara ditugaskan mencipta watak yang boleh menyaingi Mario.
Sonic The Hedgehog dicipta untuk menjadi maskot utama Sega dan menarik minat peminat Nintendo untuk cuba bermain konsol Sega Genesis.
Pada tahun 1990, Sega mahu watak baru yang boleh menandingi Mario dan NES. Sebelum ni Sega dah ada watak tersendiri seperti Alex Kidd dan Flicky namun ianya tidak berjaya dalam pasaran konsol 8-bit.
Sega mula melihat nilai watak yang ikonik dan tahan lama sempena pelancaran Mega Drive/Genesis. Sega dengan hasil usaha Sonic Team akhirnya memilih seekor landak kerana bentuknya yang boleh bergulung menjadi bola dan berbahaya dengan durinya.
Mereka juga menguji idea lain seperti armadillo, anjing dan lelaki tua dengan misai yang kemudiannya menjadi Eggman. Jadi, Oshima bawa lakaran konsep watak-watak ni ke Central Park dan mendapati landak paling diminati semua orang.
Rekaan awal Sonic hanyalah lukisan biasa, mudah difahami dan dilukis oleh kanak-kanak. Sega nakkan sebuah maskot yang mudah dikenali dan disayangi setaraf dengan Mickey Mouse atau Felix the Cat. Akhirnya Sega juga memilih warna biru untuk menyesuaikannya dengan logo Sega.
Penciptaan Sonic juga dipengaruhi oleh kesedaran alam sekitar yang meningkat sekitar awal 90-an. Berkait pula dengan kisah Sonic melawan robot yang melambangkan “alam” melawan “pembangunan alam sekitar.”
Usaha Sega akhirnya berjaya apabila Sega Genesis mengatasi Super NES dalam jualan di AS. Sonic The Hedgehog yang juga disertakan sekali dalam kotak Sega Genesis memainkan peranan penting dalam kejayaan ini.
Oleh: Azizul Farhan
___
Bagaimana tokoh-tokoh terkemuka di dunia capai kejayaan seperti hari ini? Korang boleh dapatkan HIDDEN GENIUS dalam Bahasa Melayu! Dapatkan segera: https://shope.ee/6ANwVfKSpc




No comments yet