Bayangkan satu kota kecil di tepi sungai, tak ada teknologi hebat, tak ada tentera elit. Tapi dalam masa beberapa abad, kota ni jadi ibu kota kepada empayar terbesar dan paling berpengaruh dalam sejarah dunia Barat.

Kota itu nama dia: Rom.

Macam mana kota yang asalnya dikuasai oleh raja-raja Etruscan, kemudian ditadbir oleh para senator dan maharaja ini boleh takluk hampir seluruh dunia Mediterranean, dari Britain sampai Syria?

Apa yang buat Rom lain daripada ratusan kota lain yang pernah muncul dan lenyap di Itali?

Zaman dulu, Itali bukan satu negara. Tapi penuh dengan pelbagai puak, kota, dan budaya. Salah satu kota kecil yang tak menonjol pada awalnya ialah Roma, duduk tepi Sungai Tiber.

Rom ketika itu tak besar, tak gah. Hanya sekadar satu daripada ratusan kota di Semenanjung Itali.

Tapi dari kota kecil ini lahir satu empayar yang akhirnya menguasai seluruh Laut Mediterranean, dari Britain di Barat sampai Syria di Timur. Soalannya: Macam mana Rom boleh pergi sejauh tu?

Jawapannya: Rom paling licik, paling sabar, dan paling adaptif.

Rom bukan kuasa yang naik mendadak macam Mongol atau Alexander. Dia naik perlahan-lahan. Mula-mula tawan jiran-jiran dia kat Itali. Tapi lepas menang, dia tak bakar kota atau sembelih semua orang. Tapi dia serap mereka masuk ke dalam sistem Rom. Dia bagi autonomi, perlindungan, dan peluang jadi rakyat Rom.

Inilah kekuatan unik Rom, iaitu inclusive expansion. Kau bukan musuh Rom selamanya. Kalau kau tunduk dan setia, kau boleh jadi sebahagian daripada projek besar Rom. Malah, ramai bekas musuh akhirnya jadi jeneral, senator, atau rakyat Rom yang setia.

Lepas kukuh kat Itali, Rom mula cabar kuasa besar Mediterranean masa tu iaitu Carthage. Tiga kali Perang Punic, tiga-tiga dimenangi Rom. Carthage lenyap, dan Rom ambil alih kawalan atas perdagangan Laut Tengah. Lepas tu, satu demi satu: Greece, Mesir, Syria, Gaul (Perancis), Sepanyol, sampai ke Britain.

Tentera Rom pun bukan calang-calang. Mereka disiplin, terlatih, dan yang paling penting mereka profesional. Sistem legion yang Rom reka sangat cekap. Setiap legion boleh bertindak sendiri, tapi tetap sebahagian daripada keseluruhan tentera.

Satu lagi kekuatan besar Rom adalah sistem pentadbiran. Rom tak sekadar tawan, Rom juga membina. Jalan raya, sistem undang-undang, air bersih, kota terancang. Semua ini buat wilayah jajahan jadi stabil dan makmur. Dan semua tu kawal dari satu pusat: Rom.

Tapi macam semua kuasa besar, Rom pun tak kebal. Bila dah terlalu besar, makin susah nak kawal semuanya. Korupsi politik, ketidaksamarataan, dan perebutan kuasa perlahan-lahan makan sistem dari dalam. Rom mula pecah dua, Barat dan Timur, dan akhirnya runtuh.

Tapi warisan Rom kekal. Undang-undang Rom, bahasa Latin, sistem republik, semua tu jadi asas kepada dunia moden hari ini!

Jadi, macam mana kota kecil di Itali boleh tawan dunia?

Bukan sebab kekuatan semata-mata. Tapi sebab adaptasi, kesabaran, dan keupayaan untuk cipta satu sistem yang lebih besar daripada bangsa dia sendiri. Itu kehebatan sebenar Rom.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.