Akhirnya, Rockstar Games keluarkan jugak pratonton permainan video terbaharunya, Grand Theft Auto VI.
Kali ni kita kembali ke dunia Vice City yang kali terakhir hadir di dalam GTA: Vice City Stories pada tahun 2006.
Korang tertanya-tanya tak macam mana Rockstar Games boleh kaya raya dengan siri permainan video diorang?
Pertama sekali, diorang tak guna HESOYAM untuk terus kaya.
Rockstar Games diasaskan di New York City pada tahun 1998 oleh pengeluar permainan video British Sam Houser, Dan Houser, Terry Donovan, Jamie King dan Gary Foreman.
Siapa yang minat game-game Rockstar Games ni mesti tau yang diorang buat game dengan kualiti melebihi kuantiti.
Tak seperti Ubi Lembut yang tiap-tiap tahun nak keluar game baru. Rockstar ambil masa yang sangat panjang untuk siapkan sebuah game kelas AAA dengan kualiti yang menjangkau ekspektasi.
Tak keterlaluan jugak kalau nak kata semua game Rockstar digarap dengan sangat teliti. Ianya sesuatu yang gagal dicapai oleh kebanyakan pembangun permainan video lain.
Antara contoh cemerlang seperti GTA San Andreas. Bahkan dalam GTA:SA ini juga mengimbau kembali kenangan ramai pemain-pemain. Sampaikan ada yang hafal apa yang dipesan oleh Big Smoke di Cluckin’ Bell.
Satu lagi kekuatan terbesar Rockstar ialah dalam pembinaan dunia permainan video itu sendiri. Walaupun ketika era PS1/2 tak berapa canggih macam sekarang, tapi diorang berjaya buat karya diorang lebih daripada kemampuan PS1/2 itu sendiri.
Mana taknya, pemain-pemain sendiri lagi suka berjalan-jalan dalam game daripada selesaikan misi.
Tak lupa juga, “Quality Control” yang ada pada Rockstar menjamin keberjayaan karya-karya diorang. Kalau diorang tau yang game diorang tak cukup siap lagi, diorang takkan terburu-buru untuk keluarkan di pasaran.
Ingat tak macam mana Cyberpunk 2077 keluar dulu, ramai yang komplen sebab kualitinya tak seperti apa yang diiklankan sebelum pelancaran. Sana sini bug, lagging dan sebagainya. Jahanam reputasi.
Walaupun GTAVI ni dah dibocorkan sebelum pelancaran. Pihak Rockstar masih steady dan tetap tak terburu-buru nak keluarkan game diorang yang paling dinanti-nantikan oleh peminat-peminat.
Semua usaha Rockstar Games ni membuahkan hasil dengan membuatkan GTAV menjadi game kedua terlaris di dunia yang dijual sebanyak 190 juta unit.
Bagaimana dengan GTAVI nanti? Kita tunggu 2025.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu bagaimana rahsia kewangan yang berjaya? Ambil inspirasi daripada tokoh-tokoh kewangan hebat di dalam PSYCHOLOGY OF MONEY sekarang!




No comments yet