Zaman sekarang ni semua benda mahal, karipap oksigen dekat bazar pun mahal. Sampai satu tahap, nak simpan 200 sebulan pun payah. Tapi KWSP cakap boleh je kita nak kumpul 1 juta sampai umur 60 tahun.
Macam mana tu?
Katakanlah korang mula bekerja pada umur 18 tahun dengan gaji 1700 sebulan. Gaji pulak naik dalam 3% setahun dan return KWSP adalah 5%. Yaa menjelang umur 60 tahun, simpanan KSWP korang akan jadi 1 juta pada umur 60 tahun.
Sekali dengar macam banyak kan. Tapi satu hakikat korang kena faham, 1 juta hari ini jumlahnya sangat berbeza dengan 1 juta pada 40 tahun akan datang. Sebab 1 juta hari ni korang boleh beli 3 apartment berharga 300k.
1 juta dalam 40 tahun akan datang pulak macam mana? Nak mudah faham, kira buat kira-kira sikit. Kita ambil inflasi lebih kurang dalam 3% menjelang 40 tahun akan datang. Bermakna 1 juta tu ibarat 300k sahaja hari ni.
Jadi memang tak cukup lah kan. Kita kira-kira balik, dengan nilai 300k, return 5% dan korang hidup sampai umur 80 tahun, duit yang boleh dikeluarkan setiap bulan adalah 2k sahaja.
Mungkin cukup, mungkin tak. Kalau semua komitmen dah habis bayar dan tak ada penyakit, lebih dari cukup. Kalau ada penyakit, mungkin tak cukup.
Tapi bergantung jugak. Kalau dok guna duit tu buat renovate rumah dan bayar downpayment Honda Ketam recond untuk anak, memang sangat tak cukup.
Nak atasi masalah ini mudah je, jangan terlalu bergantung kepada simpanan KWSP. Buatlah simpanan sendiri supaya hidup korang masa tua nanti mencukupi.
Ya kita faham semua benda hari ni sangat-sangat mahal. Tak apa, simpanlah 50 sen sebulan terlebih dahulu.
Lepas tu tambah dan terus tambah sampai terbiasa. Bila dah biasa, kita tak rasa simpan duit tu adalah beban.
Masalahnya tak kan lah nak simpan 50 sen sebulan pun masih tak boleh kot?




No comments yet