Semua orang kenal PlayStation. Ramai diantara kita yang membesar dengan PlayStation. Mesti ramai yang pernah main PS2. Tapi tak ramai yang tahu siapa yang cipta PlayStation ni. Perkenalkan, Ken Kutaragi!
Beliaulah orang yang membuatkan ego Nintendo jatuh sebagai syarikat permainan video konsol paling laris di dunia.
Kalaulah bukan disebabkan retaknya hubungan Sony dan Nintendo, PlayStation mungkin tidak pernah berlaku.
Kemasukan Sony ke dalam industri permainan video bermula dengan kerja seorang jurutera elektronik bernama Ken Kutaragi.
Pada penghujung tahun 80-an, beliau nampak anak perempuannya main game dalam Nintendo dan melihat potensi yang ada pada konsol permainan video.
Apabila Nintendo membangunkan Super Nintendo, Nintendo perlukan cip bunyi yang berkuasa untuk kegunaan SNES.
Kutaragilah sebenarnya yang membangunkan cip tersebut secara rahsia dalam Sony. Tapi tak lama kemudian beliau kantoi dengan bosnya.
Presiden Sony, Norio Ohga benarkan Kutaragi untuk selesaikan projek itu dan tak dipecat. Nintendo sangat suka dengan cip yang dibuat oleh Kutaragi.
Beberapa tahun kemudian, Nintendo minta Kutaragi untuk buat konsol dapat dimainkan guna CD. Kutaragi yakinkan pihak atasan Sony untuk terajui projek ni. Konsol baharu yang akan dibangunkan ni dinamakan sebagai “Nintendo PlayStation.”
Malangnya, kedua-dua syarikat tak dapat capai persetujuan bersama mengenai siapa yang dapat hak atas konsol ni, jadi Nintendo memutuskan hubungan mereka dengan Sony.
Sony ambil keputusan untuk buat konsol permainan video sendiri tanpa mengharapkan Nintendo yang tamak. Pasukan R&D Sony yang dipimpin Kutaragi terus berkerja keras sehinggalah pada tahun 1994, mereka mengeluarkan PlayStation.
Siapa sangka konsol generasi baharu yang mengetengahkan konsep 3D dalam permainan video berjaya menjual lebih daripada 100 juta konsol dalam tempoh 10 tahun, menjadikan konsol Kutaragi sebagai saingan terbesar Nintendo yang pernah wujud sampai hari ini.
Kutaragi akhirnya menjadi CEO Sony dan Sony Computer Entertainment menjadi cabang Sony yang paling banyak untung, semuanya kerana seorang jurutera yang melihat apa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai permainan video.
Oleh: Azizul Farhan




No comments yet