Dalam kehidupan hari ini, kerja selama 8 jam sehari dan 40 jam seminggu adalah tempoh kerja yang standard yang dijangka oleh pekerja.
Tapi dulu, sebahagian besar pekerja dipaksa kerja lebih masa secara melampau. Ada juga yang bekerja 100 jam seminggu!.
Waktu Revolusi Industri, takde satu pun kilang yang pekerjanya bekerja 8 jam sehari. Semuanya ditekan dan dikerah untuk bekerja. Kalau taknak, kau akan kena buang sebab ramai orang yang nak kerja tu. Nak taknak, hadaplah kerja 10-16 jam sehari.
Pada 25 September 1926, pengasas Ford Motor Company, Henry Ford buat langkah drastik perkenalkan sistem kerja 8 jam sehari.
Tapi waktu tu, si Henry ni buat sistem macam ni bukan untuk jaga kebajikan pekerja pun. Sebaliknya, semuanya berkait dengan modal.
Bagi Henry, kalau syarikat nak buat untung, pelanggan kena beli barang dan pelanggannya terdiri daripada golongan pekerja-pekerja inilah. Kalau mereka takde masa nak beli barang, macam mana nak untung?
Henry Ford juga umumkan pembayaran gaji ditetapkan pada kadar $5 USD untuk kerja 8 jam dan kalau tambah OT, sebanyak $2.34 USD akan diberikan kepada pekerja.
Para kapitalis semuanya terkejut dengan tindakan Henry Ford. Walaupun langkah yang dibuat Henry Ford ni lebih kepada nak menguntungkan dirinya sahaja, tapi siapa sangka ia juga menjadikan pekerja lebih produktif.
Sejak dari itulah banyak syarikat di seluruh dunia menginspirasikan sistem kerja 8 jam sehari dan minggu bekerja dari Isnin hingga Jumaat.
Kerajaan US melalui kongresnya meluluskan Akta Piawaian Buruh yang mewajibkan minggu kerja selama 44 jam dipendekkan kepada 40 jam pada 1940.
Pada 24 Oktober 1940, sistem kerja 8 jam sehari dan 40 jam seminggu ini akhirnya menjadi amalan standard dalam pelbagai industri di seluruh dunia.
Oleh: Azizul Farhan
___
Bagaimana tokoh-tokoh terkemuka di dunia capai kejayaan seperti hari ini? Korang boleh dapatkan HIDDEN GENIUS dalam Bahasa Melayu! Dapatkan segera: https://shope.ee/6ANwVfKSpc
Untuk bacaan bab-bab awal percuma, boleh muat turun di sini dulu:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih