Kalau korang pernah daki Gunung Jerai, kadang kadang korang akan perasan bersepah cengkerang siput dan kerang dekat gunung tu. Benda ni pelik tu gunung, bukan laut. Dah tu kenapa boleh ada banyak cengkerang dekat situ? Ada orang buat penempatan ke apa kat situ?
Benda ni sebab Gunung Jerai tu asalnya ialah pulau. Kalau kita tengok catatan sami I-Tsing, beliau ada sebut tentang kewujudan pulau Serai masa zaman kerajaan Kedah Tua. Kalau kita tengok catatan Kedah, selepas Raja Phra Ong Mahawangsa masuk Islam, baginda menitahkan Syeikh Abdullah untuk bina menara azan yang juga bertindak sebagai rumah api, dekat Gunung Jerai. Jadi benda ni pelik, kenapa bina rumah api dekat Gunung Jerai?
Bila ahli arkeologi buat kajian, rupanya Gunung Jerai tu sebuah pulau. Kapal boleh lalu dekat kawasan tu. Benda ni disokong dengan penemuan jeti purba di tapak arkeologi Sungai Batu dan Lembah Bujang yang takde pantai pun. Bila dibuat pemetaan, ahli arkeologi ni perasan kawasan laut di situ makin lama makin mendap, dan akhirnya menyebabkan pulau Serai bersambung dengan tanah besar dan menjadi Gunung Jerai.
Benda ni barangkali juga menceritakan kenapa tamadun Sungai Batu hancur – sebab air sungai dan laut makin mendap, jadi kapal dah tak boleh masuk jeti Sungai Batu. Lama lama, orang mula tinggalkan kawasan tu dan buka penempatan baru. Disebabkan itulah kita boleh jumpa banyak cengkerang dekat kawasan Gunung Jerai dan kenapa boleh ada jeti dekat tapak arkeologi ni.
Benda ni adalah contoh apabila alam mengubah ekosistem dan geografi. Benda benda juga menceritakan macam mana hidupan berevolusi. Bila berdepan dengan perubahan alam yang melampau macam air laut surut dan membentuk daratan, maka ada spesis hidupan ni boleh pupus sebab dia tak sempat berevolusi. Disebabkan benda ni, saintis menemukan 12 jenis cengkerang purba dekat Gunung Jerai, dan ada daripada spesis cengkerang purba ni macam Persististrombus coronatus dah pupus sekarang sebab diorang tak sempat beradaptasi dan berevolusi terhadap perubahan mendadak ini.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply