Kepada yang pernah pakai handphone Blackberry dulu mesti korang rasa special. Yelah sebab Blackberry je ada BBM dan keyboard qwerty. Member-member yang pakai Sony Ericsson dan Nokia mampu guna SMS je.
Masalahnya iphone dengan mudah menewaskan Blackberry begitu sahaja sampai lingkup. Persoalannya macam mana Blackberry boleh lingkup?
Semasa iphone generasi pertama keluar, Blackberry sangat memandang rendah potensi iphone. Malah deme siap ketawa terbahak-bahak lagi.
Ye lah masa tu tak banyak handphone yang ada touch screen dan home button. Masih banyak syarikat masih khayal dengan keyboard.
Ditambah lagi Blackberry siap cakap model handphone macam iPhone ni akan buat bateri turun dengan lebih laju & keyboard pulak sangat buruk. Senang cerita, Blackberry tak anggap iPhone sebagai ancaman yang boleh memusnahkan deme.
Sayangnya apa yang Blackberry jangkakan sangat meleset. iPhone generasi pertama mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai. Malah pemimpin dunia dan selebriti terkenal mula menggunakan iPhone. Secara tak langsung, iPhone terus dianggap sebagai smartphone T20 yang cool.’
Menyedari touch screen semakin mendapat permintaan, Blackberry pun cuba menghasilkan model sedemikian rupa melalui Storm. Tapi banyak sangat masalah terjadi.
Sebab deme cuba masukkan keyboard qwerty ke dalam model Storm, nampak macam amatur sangat. Sebab keyboard dekat iPhone lagi smooth berbanding Blackberry Storm.
Bermula dari situ, Blackberry sedikit demi sedikit menuju zaman kehancuran. Kehadiran android melalui Google semakin memburukkan keadaan.
Syarikat-syarikat lain seperti Samsung dan Sony dengan pantas adaptasi Android ke dalam smartphone deme bagi bersaing dengan iPhone. Blackbbery pulak semakin tenggelam dan syok sendiri.
Selepas segala usaha gagal, Blackberry ambil keputusan untuk tidak lagi menghasilkan smartphone pada tahun 2014. Deme mengubah arah kepada internet of things (IOT).
Dekat sini kita faham, jangan sesekali memandang rendah kepada pesaing. Dan kita juga perlu cepat beradaptasi untuk kekal relevan.




No comments yet