Korang ingat tak Lukas Podolski? Bukan yang buat vine Myvi tu, itu Luqman Podolski! Lukas Podolski ni bekas pemenang Piala Dunia 2014 dan dia ni femes masa main Arsenal dulu.
Tapi sekarang ni dia untung kawkaw dengan bisnes kebab!
Bisnes kebabnya yang bernama Mangal Doner ni dapat jana $225 juta untung bersih daripada 30 buah cawangan di Jerman.
Sememangnya idea untuk beliau buka kedai kebab ni datang ketika beliau bermain untuk kelab Turki, Galatasaray ketika musim 2015 hingga 2017.
Bukan kebab je yang dia jual, Podolski pun ada buka rangkaian perniagaan ais krim yang diberi jenama Ice Cream United.
Lukas Podolski ni sebenarnya masih lagi aktif bermain bola sepak. Beliau beraksi dengan kelab Poland, Gornik Zabrze.
Jutawan kebab ni pun masih berbisa dalam padang, musim ni beliau dah jaringkan 3 gol dan 2 bantuan gol.
Ketika ditemubual wartawan, beliau ada berikan satu kenyataan yang menarik.
“Pemain lain akan pergi ke padang golf lepas latihan dan hanya bersiar-siar di sana sepanjang hari. Saya pula jual aiskrim, kebab dan pakaian, berseronok dan semua orang boleh membawa pulang sesuatu.”
Sememangnya, Lukas Podolski ni boleh jadi contoh kepada pemain-pemain bola sepak yang lain untuk menjamin pendapatan selepas tamat karier sebagai pemain bola sepak.
Dulu Lukas Podolski ni antara pemain yang dapat gaji termahal di Arsenal sebanyak £100,000 seminggu dalam masa 3 tahun beraksi bersama Arsenal. Sekarang ni gajinya hanya £4,000 seminggu di Poland.
Jadi pemain bola sepak ni bukannya satu pekerjaan yang tetap dan tak ada pencen. Kita ambil contoh di Malaysia, pasukan yang satu ketika dahulu pernah julang piala pun sekarang ni boleh lingkup disebabkan masalah pengurusan yang tak bayar gaji.
Pasukan Kelantan, Kedah dan Kuala Lumpur semuanya ada masalah gaji ketika ini yang akan menyebabkan pasukan ditendang ke liga bawahan sekiranya gagal menyelesaikan isu ini secepat mungkin.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu bagaimana rahsia kewangan yang berjaya? Ambil inspirasi daripada tokoh-tokoh kewangan hebat di dalam PSYCHOLOGY OF MONEY sekarang! Ada diskaun 15% sempena promosi 3.3 di sini:




No comments yet