Lozen merupakan seorang pahlawan wanita dari kaum Chiricahua Apache (juga dikenali sebagai Members of Warm Spring Apache) yang hidup pada kurun ke-19. Selain daripada kegagahannya sebagai seorang pahlawan, Lozen juga menempa nama sebagai seorang ahli strategi ketenteraan yang cekap dan cukup mahir dalam bidang perubatan. Tambahan lagi, Lozen juga berperanan sebagai ketua kerohanian masyarakatnya dan menurut legenda, beliau memiliki keupayaan-keupayaan spiritual yang membolehkannya mengesan pergerakan musuh sekaligus membantunya mengatur strategi. Sebilangan pihak malah menggelarnya sebagai ‘Joan of Arc Apache’.
LOZEN – SATU GELARAN
Nama ‘Lozen’ hakikatnya adalah satu gelaran per4ng kaum Apache yang diberikan kepada seseorang yang mencuri sejumlah kuda semasa berper4ng. Dikatakan bahawa pada masa-masa kehidupan Lozen, ramai anggota masyarakat Apache menggunakan gelaran atau nama timangan dan jarang menggunakan nama sebenar. Hal ini kerana terdapat kepercayaan yang mengatakan bahawa dengan berbuat demikian, mereka dapat memelihara kuasa spiritual. Nama sebenar Lozen tidak lagi diketahui, setidak-tidaknya dalam lingkungan umum.
Lozen dilahirkan pada 1840an, mungkin sekitar pertengahan ataupun lewat dekad berkenaan. Tempat lahir Lozen dipercayai terletak di suatu lokasi di New Mexico / Arizona /Mexico Utara, yang pada waktu dahulu dipanggil sebagai Apaceria. Saudar Lozen sendiri merupakan ketua tentera Apache yang masyhur, bernama Victorio.
Sebagai gadis muda, Lozen dikatakan tidak berminat terhadap peranan-peranan tradisional yang dimainkan oleh kaum wanita puaknya, seperti kerja-kerja menguruskan rumah dan sebagainya. Sebaliknya, beliau lebih bersemangat untuk mempelajari seni mempertahankan diri dan menjalani kehidupan sebagai pahlawan. Dikatakan bahawa Lozen dilatih dalam bidang-bidang yang lasak seperti itu di bawah tunjuk ajar saudaranya sendiri, Victorio. Selain daripada seni bela diri, Lozen juga mempelajari ilmu perubatan sehingga beliau mampu berperanan tidak hanya sebagai seorang pahlawan, tetapi juga sebagai ahli perubatan.
KEUPAYAAN-KEUPAYAAN LOZEN
Menjelang usia 20 tahun, Lozen menjadi seorang yang mahir mencuri kuda sekaligus hal ini berkemungkinan menjadi faktor melekatnya gelaran ‘Lozen’ pada dirinya. Tambahan lagi, Lozen sangat mahir dalam menunggang kuda, menembak dan mengatur strategi. Beliau berper4ng di sisi saudaranya dan sering duduk di sebelahnya semasa berada dalam mesyuarat-mesyuarat penting. Victorio sering menyatakan bahawa Lozen adalah “tangan kanannya, gagah seperti lelaki, lebih berani berbanding kebanyakan lelaki dan licik dan menyusun strategi. Lozen adalah perisai bagi masyarakatnya.”
Lozen juga didakwa dikurniakan dengan keupayaan untuk mengesan pergerakan musuh-musuhnya. Menurut legenda, Lozen berupaya merenggangkan tangannya dengan telapak tangan menghadap ke langit. Kemudian, beliau akan mengikuti Matahari sambil memanjatkan doa kepada Ussen, si Dewata Pencipta Hidupan bagi kaum Apache. Kononnya, apabila Lozen merasakan denyutan pada tangannya dan apabila telapak tangannya menghitam, maka beliau akan dapat mengetahui daripada arah mana musuhnya akan datang. Dengan berbekalkan keupayaan ini, Lozen membantu masyarakatnya untuk mengelak daripada ditangkap oleh musuh.
MELARIKAN DIRI DARI KAWASAN SIMPAN SAN CARLOS
Apapun, pada tahun 1870, kaum Apache diusir dari tanah air mereka dan digiring agar menghuni kawasan simpan. Lozen dan masyarakatnya ditempatkan di Kawasan Simpan San Carlos, di mana pada tahun 1877, mereka mengambil keputusan untuk melarikan diri dari terus berada di situ, yang berkondisi sangat teruk.
Mereka berjaya kembali semula ke tanah air mereka, namun terpaksa berper4ng demi mempertahankan kemerdekaan. Dua tahun kemudian, mereka digiring sekali lagi ke sebuah kawasan simpan lain. Victorio, Lozen dan pahlawan-pahlawan Apache yang lain terus menentang pihak yang menindas mereka.
BERGABUNG KEKUATAN DENGAN GERONIMO
Pada tahun 1880, Victorio terkorb4n dalam sebuah pert3mpuran. Lozen dan sekumpulan kecil pahlawan Apache berhasrat untuk menuntut bela di atas kem4tian beliau. Lantas, mereka pun melancarkan serangan di seluruh New Mexico dan Arizona. Kemudian, Lozen dan pahlawan-pahlawannya bergabung kekuatan dengan Geronimo, seorang lagi ketua tentera Apache. Tatkala Geronimo menyerah diri kepada kekuatan Amerika pada tahun 1886, para pengikutnya, termasuklah Lozen diusir ke Florida dan seterusnya ke Alabama.
Kaum Apache tidak dapat membiasakan diri dengan keadaan cuaca di tanah baru yang dihuni oleh mereka. Lantaran itu, dikatakan bahawa ramai daripada mereka meninggal dunia akibat penyakit diftera (radang kerongkong) dan tuberkulosis (batuk kering). Lozen sendiri tidak terkecuali daripada menjadi mangsa serangan penyakit itu dan akibatnya, beliau meninggal dunia pada tahun 1889 akibat tuberkulosis. Dipercayai bahawa jasadnya disemadikan di Alabama, di sebuah kubur yang tidak bertanda.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (14 Mei 2016). Lozen: An Intelligent and Brave Apache Warrior Woman. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/lozen-intelligent-and-brave-apache-warrior-women-005889
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih