Kalau korang rasa bintang seperti matahari ialah bintang terbesar pernah korang lihat, ada lagi bintang lebih besar dalam alam semesta yang maha luas! Macam bintang Sirius, saiz dia dua kali ganda dari saiz matahari tapi ada lagi bintang lagi besar dari bintang Sirius!

 

Untuk trivia ini, saya senaraikan lima bintang gergasi dan terbesar yang pernah saintis rekodkan. Bintang kelima terbesar ialah bintang Westerlund 1-26. Bintang ini ialah sejenis bintang merah gergasi yang terletak di kelompok (cluster) bintang Westerlund 1 dan jarak ke Bumi sejauh 11,500 tahun cahaya. Saiz bintang Westerlund 1-26 ini kira-kira sebesar saiz orbit Musytari.

 

Bintang keempat terbesar ialah bintang NML Cygni. Bintang NML juga adalah bintang merah gergasi yang terletak di buruj Cygnus. Jarak bintang ini dengan Bumi ialah 5,251 tahun cahaya. Saiz bintang ini kalau dibandingkan dengan Sistem Suria, saiznya melepasi orbit planet Musytari.

 

 

Bintang ketiga terbesar seterusnya ialah bintang WHO G64. Bintang ini terletak di galaksi Awan Magellan Besar, iaitu jiran Bima Sakti yang terdekat. Jenis bintang ini juga ialah bintang merah gergasi dan saiznya besar sedikit dari saiz bintang NML Cygni.

 

Bintang kedua tebesar dimiliki oleh bintang UY Scuti! Bintang ini terletak berdekatan dengan pusat Bima Sakti dan jaraknya ke Bumi sejauh 9,500 tahun cahaya. Jenis bintang ini ialah ‘hypergiant’ bermaksud bintang ini dalam keluarga bintang gergasi yang lagi besar dari kumpulan bintang ‘supergiant’ seperti bintang merah gergasi. Saiz bintang ini melebihi orbit planet Musytari dan beratnya mampu mencecah 5 billion buah matahari!

 

 

Ni baru bintang kedua terbesar. Bintang paling gergasi dalam alam semesta dimenangi oleh bintang Stephenson 2-18! Bintang ini terletak di buruj Scutum dan sejauh 18,900 tahun cahaya dari Bumi. Saiznya sehingga saiz orbit Zuhal jika diletakkan ditengah-tengah Sistem Suria menjadikan bintang ini mencapai rekod bintang terbesar pernah saintis temui!

 

 

Inilah kelima-lima buah bintang terbesar dalam alam semesta yang saintis pernah rekod. Tapi, mereka percaya terdapat kumpulan bintang yang lagi besar dari bintang Stephenson 2-18. Nama kumpulan bintang ini ialah ‘Quasi-star’ tapi ini hanyalah andaian saintis saja, selagi mereka belum menemui bintang dari kumpulan ‘Quasi-star’.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply