Politik ni bermain dengan nombor. Ini yang selalu orang liberal lupa atau mungkin tak faham. Bila pembelajar sains politik macam aku ni cakap macam ni, depa tak faham. Mereka hanya memikirkan tentang soal prinsipal mereka sebagai “moral compass”, soal apa pendapat orang lain tak penting.

Zakir Naik ni dapat pengaruh dari Ahmad Deedat. Ahmad Deedat ni dari tahun 90an dia dah popular. Zakir Naik ni digelar Deedat Plus, sebab dia punya ceramah mampu menarik lebih ramai lagi orang dengan teknik penyusunan retorik yang bagus daripada Deedat.

Zakir Naik ni ada banyak benda aku tak setuju. Tapi dalam satu hal, dia popular, terutamanya dari kalangan orang Melayu. Kenapa dari zaman Najib sampai zaman Mahathir 2.0 ni, tak ada pemimpin mampu halau Zakir Naik ni walaupun kerajaan India dah mohon ekstradisi ni lama dah?

Sejak 2014 apabila Narendra Modi menang pilihanraya India, politik India bertukar menjadi condong ke arah nasionalis Hindu. Dengan kekorupan parti lawan iaitu Parti Kongres, parti BJP (aku tak hafal nama penuh dia) menggunakan retorik nasionalis Hindu.

Sekarang ni, di India, apa yang menyatukan mereka? Bahasa kat India ada beratus bahasa. Orang selatan tak nak guna Hindi, orang India di pantai Timur lain budaya dia berbanding pantai Barat.

Majoriti penduduk India adalah Hindu, dikatakan sampai 70-80%. Inilah yang menyatukan semua orang. Agama Hindu.

Kalau korang nak tau di India sejak 2014 ada kes orang pukul beramai-ramai orang Islam yang menyembelih lembu. Di Uttar Pradesh paling banyak kes ni sampai mati pun ada. Kau boleh search video Johnny Harris Vox dia pergi India.

Dan di sinilah munculnya Zakir Naik. Zakir Naik ni hero untuk suara umat Islam di India yang jumlahnya dalam 10-15% ni. Nampak tak banyak nombor tu, tapi dalam konteks negara yang penduduknya 1.3 billion, kau bercakap tentang suara 130 juta orang penduduk.

Zakir Naik dikatakan menyeleweng dana derma, serta banyak lagi lah kerajaan Modi ni letakkan tuduhan pada dia. Bukan sebab tu sebenarnya. Nak sembang songlap duit derma, berapa banyak persatuan agama songlap duit derma.

Tetapi kebimbangan kerajaan Modi terhadap Zakir Naik ini ialah kemampuannya menggerakkan 130 juta orang umat Islam di India, serta faktor Pakistan di sebelah. Dan Pakistan adalah kuasa nuklear.

Dan kerana itu Zakir Naik lari ke Malaysia, sebab masa itu kerajaan Najib memerlukan orang macam Zakir Naik ni untuk menyatukan orang Melayu. Tapi tak sempat, Pakatan Harapan pun berkuasa.

Mahathir melihat Zakir Naik ni sebagai buah catur untuk dia menguasai politik dalam scene PH. Untuk memahami Mahathir, kau tak perlulah baca buku The Prince Machiavelli kalau kau tak minat baca buku.

Kau cuma perlu tonton siri trilogi 1-3 Star Wars dan kau hanya fokus kepada karektor Palpatine dan Darth Sidious. Dengan tu kau boleh faham gameplay Mahathir.

Sementara Anwar gemar menggunakan retorik bahasa Arab untuk crowd Melayu Islam, Mahathir tak ada kelebihan bab bercakap tentang Islam. Dulu tahun 1990-an BN kuat sebab Mahathir cakap benda sekular, Anwar cakap benda Islam.

Sebab tu Mahathir pilih Abdullah Badawi jadi Timbalan lepas pecat Anwar. Nak tak nak, kena faham: Islam adalah perkara yang sangat penting dalam politik orang Melayu.

Sebab tu pentingnya ada PAN dalam Pakatan Harapan. PAN berperanan sebagai unit Islam dalam perikatan ni. Dengan adanya PAN, senanglah DAP dan sayap sekular dalam PH ni bergerak. PAN ni macam pacifier – puting bayi kepada politik Melayu.

Kalau orang Melayu bising pasal Islam je, PAN akan bising. Malangnya, kalau kau asyik sumbat puting bayi je lama-lama bayi pun baling bendalah tu dan menangis sebab nak susu.

PAN adalah parti Islam yang tak ada substance. Ia ditubuhkan untuk menutup kesekularan DAP dan itu sahaja. Sebab lambang DAP tak boleh masuk kawasan kampung Melayu, mereka perlu lambang lain.

Dan disinilah kedudukan Zakir Naik dalam politik negara kita hari ini. Kemampuan Zakir beretorik menyebabkan Mahathir terpaksa simpan dia dalam negara ini – dan ini yang liberal tak faham.

Kalau Mahathir hantar juga Zakir Naik ni ke India dan ikut je kata Modi, orang Melayu dan umat Islam, yang mewakili 70% penduduk dalam negara ini, akan mengamuk.

PAS sahaja ada 2 juta ahli, UMNO ada 3 juta. Boleh ke geng liberal ni dapat nombor macam ni? Dan disebabkan itu, untuk counter isu ini, kenalah guna isu macam tulisan Jawi dan Dong Zong sebagai NGO bersuara.

Dan dalam politik, aku ulang, benda kau kena lihat ialah demografi. Demografi memainkan peranan penting dalam mencorakkan politik.

Ahli PAS yang konservatif rata-rata berkahwin dalam usia awal dan mempunyai anak yang ramai. Sementara liberal kebanyakannya bersikap career-oriented dan lambat berkeluarga. Setiap satu keluarga liberal lahir seorang anak, konservatif lahir empat.

Macam mana liberal nak menang? Dengan menggunakan taktik Silicon Valley dan Hollywood serta mainstream media lah. Mereka cuba kuasai minda orang dengan semua ini untuk membendung pengaruh konservatif yang semakin membesar.

Di Amerika, liberal mainstream media pun dah jatuh. Orang dah tak tengok dah CNN sejak Chris Cuomo, Anderson Cooper dan Don Lemon jadi frontman. Orang dah tak tengok dah MSNBC sejak Rachel Maddow pun dah jatuh rating.

Di Malaysia ni, semakin ramai orang unsubscribe Malaysiakini. Orang dah tak peduli dengan Malaysiakini sebab berita dia makin lama makin bias dan mengarut. Macam mana jatuhnya Utusan masa zaman Najib dulu, macam tu jugalah Malaysiakini akan jatuh.

Dan kerana itulah Malaysiakini dok ratib isu Zakir Naik ni sama macam CNN dok ratib Donald Trump. Kerana mereka mengharapkan clickviews dan kalau clickviews kurang, mereka dah kehilangan para investor untuk iklan di ruang mereka.

Kalau Malaysia hantar juga Zakir Naik, bukan sahaja Melayu Islam di Malaysia je mengamuk, Islam di India pun mengamuk, dan negara-negara Islam yang lain pun akan ada yang mengamuk.

Mungkin kalau golongan liberal Bangsar ni nak faham kenapa susah benar nak halau Zakir Naik ni, kau tak payah pergi sampai Kelantan untuk tau kenapa sampai 70,000 orang boleh penuh di Stadium Sultan Mohamad VI tu.

Kau drive sikit je pergi Bangi, atau Shah Alam, atau Setiawangsa, atau Gombak, dan kau akan faham yang crowd geng kopi mahal korang ni kecik je sebenarnya.

Mahathir ada kepentingannya, PAS ada kepentingannya, dan Zakir Naik ada kepentingannya. Semua ni ada higher agenda demi Islam, berbanding perspektif dogmatik sempit liberalisme yang bak kata Putin semakin dah tak relevan ni.

Liberal ni idea zaman moden dari zaman Voltaire, Jean Jacques Rosseau dan Thomas Paine. Liberalisme ni dah ada di bumi ni sejak 1700an lagi. Kemuncaknya bila Amerika menang Perang Dingin.

Kenalah terima hakikat apa jua idea, satu hari nanti ia akan lapuk, dan idea moden ni dah lapuk. Sekarang zaman pasca moden.

Dan orang macam Zakir Naik, kau suka atau tak, adalah tokoh pemikir pasca moden. Kau suka atau tak, deal with it.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.