Artikel santai dan ringkas ini bukanlah bertujuan untuk menyerang mana – mana pihak , ia hanyalah untuk memperbetulkan persepsi salah yang tersebar luas yang dicetuskan segelintir pihak tanpa merujuk ahli dalam sesuatu bidang .
..

Apakah itu LHC (Large Hadron Collider) sebenarnya? Adakah ia mesin pengorek teras bumi seperti yang didakwa didalam sebuah video ini?

https://youtu.be/BjuN21ep28I )

Secara ringkasnya LHC merupakan pemecut zarah bertenaga tinggi terbesar di dunia yang bertujuan untuk kajian di dalam bidang fizik. Dengan terowong berbentuk lingkaran sepanjang 27 Kilometer serta dibina pada kedalam purata sekitar 100 meter di bawah tanah, LHC memiliki 9600 magnet superkonduktif yang disejukkan dengan suhu sekitar 271 darjah celcius di bawah paras beku yang diletakkan pada laluan zarah bergerak .
..

Bagaimana cara LHC bekerja?

LHC akan melanggarkan zarah dengan zarah yang lain pada arah yang bertentangan pada ruangan vakum dengan kelajuan pecutan zarah menghampiri kelajuan cahaya sehingga zarah -zarah tersebut berpecah menjadi zarah – zarah keunsuran.

Antara contoh zarah keunsuran yang telah ditemui hasil perlanggaran zarah pada kelajuan menghampiri kelajuan cahaya tersebut adalah boson Higgs yang telah menggegar dunia fizik pada tahun 2012 yang lalu.
..

Dimana letaknya LHC?

LHC yang mempunyai beberapa pusat kajian seperti LHCB, ATLAS, ALICE dan CMS
dibina oleh European Organization for Nuclear Research (CERN) dengan kerjasama ribuan saintis serta jurutera daripada seluruh dunia tersebut terletak di sempadan perancis – Switzerland (berhampiran Geneva) iaitu sekitar 200 KM dari Basel,Switzerland.

Adakah LHC mampu menghasilkan lohong hitam sehingga mencetus kemusnahan bumi?

Pelbagai konspirasi mula tersebar sejak awal terciptannya LHC. Antara konspirasi yang paling terkenal adalah , perlanggaran zarah – zarah di LHC mampu menghasilkan lohong hitam yang mampu memusnahkan bumi .

Benarkah ?

Sekiranya LHC mampu menghasilkan lohong hitam sekalipun, ia hanyalah lohong hitam berskala mikroskopik dan akan hilang serta- merta dalam jangka masa yang singkat sebelum ia sempat mencetuskan kemusnahan pada bumi. Adakah LHC ini suatu usaha gila kumpulan iluminati serta elit global untuk menghancurkan bumi ?

Itu adalah dakwaan dangkal tidak berasas .

Terdapat ramai saintis seluruh dunia yang terlibat dengan LHC termasuklah beberapa rakyat Malaysia yang beragama Islam dan berbangsa Melayu seperti Zukhaimira Zolkapli merupakan pelajar PhD dalam bidang fizik zarah di Pusat Fizik Zarah Kebangsaan (NCPP), Universiti Malaya

Sila ke pautan ini untuk membaca temubual penuntut Malaysia di CERN :

https://www.majalahsains.com/temubual-eksklusif-bersama-pe…/

https://www.majalahsains.com/pengalaman-di-european-organi…/
..

Mungkin selepas baca artikel ini, ada yang berbunyi:

“Mudahnya kau percaya. Itu yang mereka cakap, takkanlah geng-geng iluminati ni nak cerita perkara sebenar.”

Daripada percaya sumber yang tidak berasas serta penuh sangkaan yang tidak pasti, Lebih elok percaya pada sumber yang lebih dipercayai iaitu sumber daripada pihak – pihak yang memang terlibat secara langsung dengan LHC.

“Ustaz lebih berilmu daripada kau. Tinggi mana ilmu kau nak mempertikai ustaz?”

Apa yang diperkatakan oleh seseorang yang bergelar ustaz itu tidak bermakna ia tidak boleh disanggah. Tidak bermakna juga gelaran sebagai seorang ustaz itu tiket untuk ulas semua perkara. Kenapa perlu taklid kepada pendapat ust semata tanpa ambil kira juga pembuktian secara sainstifik oleh ahlinya? Adakah ahli dalam sesuatu bidang itu tidak bernilai sehingga bertindak mengetepikan pendapat orang yang lebih berkelayakan ?

Tidaklah saya mengetepikan agamawan. Tetapi, perlu dilihat juga situasinya. Agamawan tidak semestinya arif dalam semua bidang sehingga pendapat mereka 100% tidak boleh disanggah. Kereta rosak, kita jumpa mekanik . Bukan jumpa doktor yang tak tahu pasal kereta.

Macam tu la analoginya . .

..

Kenapa kita tak nak jumpa sahaja doktor untuk betulkan kereta rosak ?

Sebab kita tahu, doktor itu bukan ahlinya .

..

“… maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kalian tidak mengetahui.” (an-Nahl: 43)

Wallahu A’lam
..

Jom jadi golongan yang berfikir.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Syafiq atau dikenali sebagai Syah, seorang 'Astrophile' yang mempunyai minat mendalam dalam bidang berkaitan Sains terutamanya Astronomi dan juga Meteorologi. Beliau merupakan penulis yang lantang menentang golongan pseudosains dan juga pentaksub membuta tuli teori konspirasi di alam maya.

Comments are closed.