Selasa lepas (16 April 2024), terjadinya letusan Gunung Berapi Ruang di utara Sulawesi, Indonesia pada 9.45 malam. Masuk hari Rabu (17 April 2024), gunung ini meletus lagi sebanyak empat kali, sehingga melepaskan abu setinggi 20 kilometer ke udara, dan juga menghasilkan 4,000 sambaran kilat.

 

Kerana letusan ini seramai 800 orang penduduk dari kampung berdekatan terpaksa berpindah ke pulau terdekat iaitu Pulau Tagulandang. Buat masa ini tiada kes kematian dilaporkan.

 

Kita kenal dulu sejarah gunung berapi ni. Gunung Berapi Ruang ialah sejenis gunung stratovolcano, iaitu gunung berbentuk kon yang terletak di Kepulauan Sangihe, Sulawesi Utara. Ketinggalan gunung ini ialah 725 meter dari paras laut dan gunung ini berada di Lingkaran Api Pasifik, iaitu lingkaran yang penuh dengan gunung berapi yang aktif.

 

Pertama kali gunung ini meletus ialah pada tahun 1808 dan yang terakhir sebelum tahun ini ialah tahun 2002. Mengikut catatan, Gunung Berapi Ruang telah meletus sebanyak 15 kali.

 

Pada tahun 1871, letusan gunung ini terjadi mengakibatkan bencana ombak Tsunami menghempas Pulau Tagulandang. Bencana ini mengorbankan penduduk seramai 400 orang.

 

Sekarang, penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak dibatalkan pada hari ini kerana dijangka debu-debu dari gunung berapi Ruang akan memenuhi udara Sabah dan Sarawak.

 

Debu-debu di langit ini akan mengehadkan penglihatan juruterbang, rosakkan enjin kapal, dan mengganggu sistem navigasi dan kominikasi. Jadi, adalah wajar kenapa penerbangan ke Sabah dan Sarawak dibatalkan.

 

Amaran ombak tsunami telah dikeluarkan jadi penduduk seramai 11,000 orang di Pulau Tagulandang dipaksa berpindah ke kota Manado, Sulawesi bagi mengelakkan kejadian ombak tusnami ke atas pulau tersebut.

 

Walaupun letusan gunung berapi ialah sebahagian dari bencana alam, tapi letusan ini mempunyai kebaikan dari segi kesuburan tanah untuk pertanian, sejukkan suhu Bumi, dan suburkan laut untuk hidupan laut.

 

Apa-apa pun, kita harus berwaspada dengan Gunung Berapi Ruang yang meletus tidak berhenti ini.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply