Sebuah negara didapati lebih terdedah kepada bahaya Internet berbanding pengembangan nuklear sendiri. Dengan evolusi fotografi digital bergerak sekali dengan teknologi sambungan atas talian, semua orang mungkin menemui gambar-gambar peribadi sekurang-kurangnya sekali setahun. Hari ini mungkin perempuan itu; kemudian mungkin perempuan ini.
Setiap sajian dinikmati, asalkan perempuan tersebut bukan ahli keluarga atau saudara terdekat. Impak gambar-gambar sebegini didapati juga lebih berat terhadap wanita berbanding lelaki. Disebabkan itu juga subjek ini dipandang lucu kerana melibatkan seseorang yang melakukan barangkali kesilapan paling besar dalam hidup.
Di
sebalik hilaian gelak tawa yang menghinakan, tiada siapa sebenarnya melalui
pengalaman perempuan tersebut sehingga melakukan perbuatan sedemikian…
melainkan perempuan itu sendiri. Sebahagian besar daripada gambar-gambar ini
diambil oleh tuan tubuh sendiri. Ada yang siap menari pun. Tetapi dalam
hubungan zaman sekarang, didapati paksaan seksual telah berkembang daripada
fizikal ke atas talian.
Sebuah
kajian dijalankan dengan penyertaan 480 (160 lelaki dan 320 wanita) graduan
muda, yang 1/5 dalam kalangan mereka pernah mengamalkan kiriman seks tanpa kerelaan. Pelbagai taktik
digunakan seperti minta tanpa henti
yang membuatkan mereka rasa perlu memberi dan juga ancaman fizikal. Kiriman gambar-gambar peribadi sebegini
mencetuskan trauma lebih teruk
berbanding yang dialami mangsa-mangsa fizikal. Suatu lagi kajian mendapati kiriman dibuat sebenarnya berdasarkan paksaan
untuk memuaskan teman, menepati permintaan atau mengelakkan konflik hubungan.
Trauma
yang dimaksudkan menimpa Jessica Logan, seorang remaja di Ohio. Hanya sekeping
gambar peribadi sahaja dihantar kepada teman lelakinya, yang selepas putus
menyebarkan ke satu sekolah. Hanya beberapa minggu selepas tampil di televisyen
untuk menasihati supaya orang lain tidak melakukan kesilapannya, Jessica
ditemui mati gantung diri. Bertahun selepas kematiannya, tanpa henti peristiwa
sama berlaku tidak kira terhadap remaja dan dewasa.
Tetapi
tidak sama sekali boleh dinafikan bahawa sesetengah perempuan menghantarkannya
hanya dengan permintaan tanpa paksaan keras pun. Sudah menjadi lumrah manusia
untuk hilang pertimbangan rasional semasa dibuai nafsu. Tidak kira lelaki atau
perempuan, minda manusia dalam hal ini berfungsi
secara sehala. Apabila otak sedang fokus bagi kepentingan sulit, bahagian
korteks hadapan hanya disalurkan darah dan okisgen cukup untuk berfungsi dalam
keadaan stasis (tidak aktif) sahaja.
Maka
inilah waktu-waktu yang mana otak kehilangan keupayaan untuk memproses secara
rasional, kerana organ sulit sedang dalam keadaan sekurang-kurangnya aktif.
Oleh kerana tidak mampu mengenalpasti baik buruk dalam keadaan sedemikian, maka
tersebarlah gambar-gambar peribadi. Dengan dunia yang semakin berhubung ini,
perbuatan sebegini telahpun dinormalisasikan lebih-lebih lagi apabila berlaku
penyebaran.
Serangan Pemangsa
Pada 20
Januari 2018, berlaku sebuah protes di peringkat global yang mendebatkan
isu-isu wanita. Antara sepanduk yang dinaikkan ialah slogan NO MORE D*CKPICS. Api kemarahan ini
mencanak oleh kerana kekerapan para wanita berdepan dengan cyberflashing iaitu apabila lelaki menghantar gambar alat sulit
tanpa diminta pun. Jangankan diminta – kadangkala tanpa apa-apa sebab pun
terutamanya daripada orang tidak dikenali yang sangka gambar tersebut mampu
mengghairahkan wanita disasarkan.
Empat
daripada 10 wanita dianggarkan telah melaporkan bahawa mereka menerima gambar
sedemikian tanpa diminta. Dan isu ini telah lama diremehkan, terutama sekali
mengenai persoalan utama “kenapa?”
Perasaan ingin tahu ini menghantui seorang pengkaji yang membuat suatu akaun
palsu di Reddit untuk bertanya.
Apa yang
dipelajarinya sangat menarik, bahawa para lelaki sendiri mempunyai pendapat
berbeza. Antaranya ialah pengesahan, bahawa para lelaki sendiri berasa tidak
yakin dan hanya perlu pendapat positif semata-mata. Tentu sekali cara
sedemikian tidak menghalalkan niat, lebih-lebih lagi apabila pendapat-pendapat
lain pula menggambarkannya sebagai cara memanaskan perbualan.
Bagi
alasan-alasan lain, rata-ratanya berlandaskan nasib semata-mata. Selepas entah
berapa ramai mengutuk dan mengecam, akhirnya datangnya seorang yang berkesan;
maka berjayalah thrill bagi lelaki
tersebut.
Rata-ratanya,
isu melibatkan alat kelamin semakin serius oleh kerana dunia yang kian
berhubung. Setiap manusia mempunyai kecenderungan syahwat – tetapi hanya
melalui platform yang betul sahaja boleh tarikan semulajadi ini diuruskan.
Pernah terfikir tidak – kenapa sebaran gambar-gambar bogel ini tidak begitu
diterima dengan hangat jika bekas suami atau isteri yang melakukannya?
Salah
seorang daripada mangsa sebegitu
merupakan seorang pelakon popular di Hollywood, yang mana penyebaran gambarnya
tidak mendapat sambutan panas pun berbanding peristiwa godaman iCloud pada
tahun 2014.
RUJUKAN:
Ever Wondered Why You Lose Your Ability To Think Rationally When You Are Horny? https://medium.com/@meetdheeraj/why-do-you-lose-your-ability-to-think-rationally-when-you-are-horny-and-get-it-back-upon-fe42906ba0b4
“Send Nudes”: A New Study Shows How Often Boys Pressure Girls For Explicit Photos –https://www.amightygirl.com/blog?p=22076&fbclid=IwAR2rDL4ulsDDUFL1lv7CysZTTh653bACyr7H8wStSRGqwe_q_CM6BlszCbI
Sexting: A new, digital vehicle for intimate partner aggression?https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0747563215002836
Sexting coercion is on the rise – and can be as traumatic as partner violence https://www.elsevier.com/connect/sexting-coercion-is-on-the-rise-and-can-be-as-traumatic-as-partner-violence




No comments yet