Semasa tempoh lockdown, tempoh tersebut sepatutnya dimanfaatkan untuk memantapkan hubungan antara keluarga dan pasangan. Adatlah hubungan mana yang tidak diuji dengan ujian. Tetapi bagi Gary De Noia, 36, dia merasakan hubungannya dengan teman wanita hantunya teruji kerana mengesyaki pasangannya itu berlaku curang.

De Noia yang berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat sudah menjalinkan hubungan dengan pasangan hantunya, Lisa selama dua tahun. Pada awalnya terutama pada bulan awal tempoh perintah berkurung dilaksanakan di New Jersey, semuanya berjalan lancar dan De Noia sendiri mengakui Lisa menjadi tunjang utama kekuatannya mengharungi tempoh mengharukan itu.

Tetapi selepas beberapa lama, dia mengesyaki Lisa telah melanggar perintah berkurung dan berlaku curang kepadanya tatkala dia masih terperuk di rumah. De Noia berkata, “Sejak bulan lepas, dia keluar sepanjang masa. Tak pernah beritahu saya ke mana dia pergi. Hanya bagi alasan keluar dengan kawan-kawan. Dia boleh saja bersama sesiapa. Saya merasa selamat dalam hubungan ini tetapi saya merasakan kami tidak serapat seperti dulu.

“Saya bimbang dia berlaku curang kepada saya. Dan dia menuduh saya paranoid. Saya tak gila, kan? Ianya tidak masuk akal. Saya faham dia juga perlukan ruang tetapi ada benda tidak kena.”

Dengan situasi sebegini, lumrah bagi mana-mana individu meluahkan rasa mereka kepada ahli keluarga. Tetapi De Noia yang datang dari latar belakang keluarga Itali-Amerika enggan berbuat demikian kerana tidak mahu membebankan mereka dengan masalahnya. Jadi, orang seterusnya yang menjadi tempat meluahkan perasaan ialah rakan baiknya, Chris.

Rakan baiknya itu menganggap tekanan perintah berkurung mengakibatkan De Noia merasa paranoid dan mengingatkannya bahawa Lisa masih mencintainya. Di sebalik kebimbangan Lisa berlaku curang, untuk sambutan hari lahirnya ke-36 pada 11 Mei lepas, dia mempunyai rancangan istimewa bersama teman wanitanya itu.

RUJUKAN:

Younan, Christine. (2020). Man ‘dating ghost’ fears she’s cheating on him by bonking other men during lockdown. Daily Star. https://www.dailystar.co.uk/real-life/man-ghost-girlfriend-fears-relationship-21978628


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.