Seorang juruwang
dari Tokyo telah didakwa mencuri sebanyak 1,300 maklumat pelanggannya. Menurut
pihak polis, lelaki itu hanya menggunakan otaknya sahaja untuk mendapatkan
maklumat tersebut – melalui ingatan. Yusuke Taniguchi yang berumur 34 tahun
ditangkap setelah pihak polis menemui Taniguchi menggunakan maklumat yang
dicuri itu untuk membeli banyak bag yang bernilai sekitar US$2,600.
Pihak polis
memintas tempahan dan penghantaran barang Taniguchi lalu menangkap lelaki
tersebut. Pihak polis menutup laporan siasatan dan memberitahu media bahawa
Taniguchi mempunyai ingatan fotografik (photographic
memory). Menurut pihak polis, juruwang tersebut mampu mengumpul banyak
maklumat pelanggannya dalam masa yang cukup singkat. Taniguchi mampu mengingati
semua maklumat secara terperinci dan mencatat apa yang diingati. Kemudia, dia
gunakan maklumat tersebut untuk membeli barangan atas talian (online).
Dalam dunia
saintifik, ingata fotografi dikenali sebagai ingatan eidetik – orang yang
mempunyai ingatan yang sangat kuat. Mampu mengingati maklumat dengan sangat
terperinci dengan hanya melihat sekali sahaja maklumat tersebut. Menurut sebuah
kajia, ingatan eiditik dapat dikenalpasti dalam kalangan kanak-kanak berusia
dari 6 hingga 12 tahun. Jarang dapat ditemui dalam kalangan orang dewasa.
Jennifer Coane,
Pembantu Profesor dari Colby College, Maine menyatakan pencuri tersebut
berkemungkinan besar melatih dirinya untuk mengingati nombor-nombor pada kad
bank dengan daya ketepatan yang tinggi memandangkan ingatan eidetik sangat
jarang ditemui. Masyarakat Yunani menggunakan kaedah loci untuk menyimpan maklumat yang mereka perolehi melalui simbol
dan objek di sekeliling. Menurut Coane lagi, kita boleh latih diri kita untuk
mempunyai ingatan yang kuat.
RUJUKAN:




No comments yet