Bila bercakap tentang perempuan berdarah putih, pasti nama Mahsuri akan jadi sebutan. Padahal dekat tempat ada je perempuan berdarah putih. Salah satunya adalah di Chenor, Pahang.
Apa yang terjadi disebalik kisah perempuan berdarah putih di Chenor?
Legenda mengatakan ada seorang puteri yang cantik jelita telah buat kerja gila dengan menolak pinangan kerabat Pahang daripada wangsa Melaka. Hal ini telah membuatkan seisi istana Pahang tersangatlah murka.
Bagi mengelakkan dirinya dihukum, puteri tersebut telah melarikan diri sehingga ke Chenor. Puteri tu ingat dia dah selamat dekat Chenor. Tanpa dia ketahui, istana Pahang telah hantar seorang panglima yang paling handal untuk menjejaki puteri itu.
Setelah beberapa lama mengembara, panglima itu terlihat puteri sedang bersiram di Sungai Pahang. Tanpa berlengah lagi, panglima itu terjun ke Sungai Pahang lalu menyula puteri dari bawah.
Dari situlah katanya darah putih keluar membuak-buak daripada badan puteri tersebut. Akhirnya puteri mati begitu sahaja dan dikebumikan di Kampung Gulun. Chenor.
Kesimpulannya masalah penolakan ni dari dulu sampai sekarang tak pernah selesai. Sebab ramai sampai ke sudah tak boleh terima.
Nak tahu lebih banyak tentang kisah-kisah legenda, baca je KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Cepat beli dekat https://bit.ly/KKTMShopee

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply