Kisah buaya putih merupakan kisah yang cukup popular di alam Melayu. Tidak kira di Malaysia atau di Indonesia, pasti mempunyai versi cerita buaya putih yang tersendiri. Bukan satu kisah tetapi banyak kisah yang berlainan. Di Malaysia sendiri, ada banyak kisah mengenai buaya putih ini. Tetapi benarkah ada buaya yang berwarna putih?. Ya, buaya berwarna putih sememangnya wujud. Ia disebabkan oleh hypomelanism atau disebut juga sebagai albino.
Bagi masyarakat barat, buaya putih hanyalah buaya putih tetapi bagi masyarakat Melayu, buaya putih dianggap sebagai semangat atau penunggu kepada sungai. Oleh itu, penghormatan terhadap buaya putih ini sangat tinggi sehingga mereka tidak akan sesekali menganggu apatah lagi menangkap buaya ini.
Kisah buaya putih ini juga turut dikaitkan dengan Sejarah Kuala Kubu Bharu di Selangor. Semasa permintaan bijih tiumah dunia sedang meningkat untuk bekalan Revolusi Perindustrian di eropah, orang-orang Melayu telah gigih meneroka tanah-tanah hutan yang kaya dengan bijih timah. Antara kawasan yang diteroka ialah Hulu
Selangor termasuklah Kuala Kubu. Untuk mendapatkan timah dengan cara yang mudah dan cepat, orang Melayu telah membina empangan sepanjang 1.6 kilometer dan selebar 91.4 meter dengan menggunakan tanah dan kayu sahaja. Empangan yang dibina sekitar tahun 1780-an itu merentasi Sungai Kubu.
Pembinaan empangan ini sangat penting kepada penghasilan bijih timah kerana air sungai akan melimpah keluar dengan deras dari empangan bersama-sama dengan lumpur dan hanya meninggalkan bijih timah yang berat mendap di dasar sungai ( timah tidak dihanyutkan air ). Jadi mereka akan mula mendapatkan timah dikawasan tertentu sahaja tanpa perlu merayau di pelbagai kawasan lain.
Apabila British mula masuk ke Selangor, mereka sudah melihat potensi yang ada di Kuala Kubu. Oleh itu, mereka fokus kepada pembangunan di kawasan ini. Di kawasan empangan ini ada seekor buaya putih. Penduduk tempatan percaya buaya putih ini merupakan penunggu kepada sungai tersebut. Namun seorang pegawai Inggeris yang bernama Cecil Ranking tidak mempedulikan kata-kata penduduk tempatan dan telah bertindak menembak buaya tersebut sekitar tahun 1883.
Tidak lama kemudian, empangan yang dibina oleh orang Melayu itu yang diyakini berusia lebih 100 tahun itu telah pecah akibat banjir besar yang telah meragut nyawa Cecil Ranking. Kawasan empangan tersebut kini dikenali sebagai Ampangan Pecah. Walaupun banjir besar ini telah meragut nyawa pegawainya, itu tidak pernah mematahkan usaha Inggeris untuk terus memajukan Kuala Kubu. Mereka membina hospital, sekolah dan fasiliti lainnya untuk kemudahan mereka dan juga penduduk.
Selepas banjir besar yang mengorbankan Cecil Raking itu, telah berlaku beberapa kali lagi banjir besar sehingga menyebabkan Kuala Kubu sudah tidak selamat lagi untuk didiami. Bahkan British telah meminta penduduk-penduduk di kawasan sekitar supaya berpindah ke kawasan yang selamat. Untuk itu, British telah membina Bandar Kuala Kubu Bharu untuk dijadikan sebagai kawasan perekonomian baharu. Pusat pentadbiran juga telah dipindahkan dari Rasa ke Kuala Kubu Baharu sekitar tahun 1930-an.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih