Pada 1,800 tahun dulu, tentera Rom membawa senjata yang begitu unik untuk melawan musuh. Senjata itu ialah lastik batu ‘wisel’ yang pengkaji temui di Scotland dan beranggapan senjata yang menjadikan batu sebagai peluru digunakan untuk menentang orang gasar.
Peluru-peluru batu ditemui ini dibuat dari plumbum, mempunyai berat sebanyak 30 gram dan mempunyai lubang ditebuk berdiameter 5 mm. Mungkin lubang itu ditebuk untuk menguatkan kerosakan dengan wujudkan kesan mampatan terhadap hentaman dari peluru. Dari sini, bunyi wisel hadir dari batu berlubang itu apabila dilancarkan, menjadikan senjata ini dinamakan sebagai lastik batu wisel.
Penemuan batu-batu ini berlaku di Bukit Burnswark, berdekatan kota Lockerbie di barat daya Scotland. Bukit itu dahulunya menjadi kawasan pertempuran antara tentera Rom dengan kaum asal pada abad kedua Masihi. Di sinilah penggunaan lastik batu wisel berlaku oleh tentera Rom.
Lubang yang ditebuk di peluru batu ini menjadikannya sebagai peluru lastik yang unik dan berbahaya. Apabila peluru dilancarkan, ia menghasilkan bunyi wisel seiring tembakan ke arah musuh. Bunyi wisel itu menjadi kegerunan bagi pihak musuh dan mengetahui bahawa bunyi itu tanda serangan bala tentera Rom.
Batu-batu yang ditemui itu bersaiz kecilberbanding peluru lastik yang digunakan oleh kaum tamadun lain seperti Mesir Kuno. Pengkaji berandaian bahawa tentera Rom mungkin menggunakan pelbagai jenis batu bersama lastik mereka, bergantung kepada situasi tertentu.
Lastik tentera Rom diperbuat dari dua utas tali yang cukup panjang untuk menjarakkan tembakan dan mempunyai pemegang yang cukup pendek dan dipegang mudah oleh si penembak. Kantung lastik pula amat besar, berkemungkinan tentera Rom masukkan banyak batu dalam kantung tersebut dan melancarkan beberapa serangan batu dengan satu tembakan.
Lastik batu Rom bukan saja ditemui di Scotland, malah senjata ini ditemui hampir seluruh Eropah (dalam lingkungan empayar Rom) di mana tentera Rom bertempur. Batu peluru terbesar pernah pengkaji temui ialah batu bersaiz lemon dengan berat sebanyak 60 gram.
Kesemua peluru batu ditemui biasanya bersaiz kacang pokok oak (acorn). Kacang itu disimbolikkan sebagai simbol tuah bagi orang Rom dengan mengharapkan kemenangan melawan musuh. Senjata ini juga ditemui di Greece namun tarikhnya lagi awal iaitu sekitar abad kedua atau ketiga SM namun batunya diperbuat dari tembikar, bukan plumbum yang biasa orang Rom gunakan.
Peluru itu juga mempunyai lubang kecil berkemungkinan mempunyai fungis yang sama. Namun mengikut rekod dalam sejarah Yunani Kuno, lubang pada peluru tembikar berfungsi sebagai penyimpan racun untuk masukkan ke dalam luka tembakan apabila musuh terkena tembakan batu itu. Namun tidak ada rekod sebegitu ditemui dalam sejarah penggunaan lastik tentera Rom.
Dr. John Reid, ahli arkeologi dari muzium Trimontium telah lama mengkaji lastik batu tentera Rom ini. Hasil kajiannya ialah lubang peluru hanya ditemui pada batu-batuan kecil dan tidak ditemui pada peluru batu yang lebih besar. Dari sini Reid berfikir, bukankah lebih baik menggunakan batu besar untuk kuatkan impak tembakan kepada musuh?
Reid kemudian memulakan ujian untuk melastik batu yang berlubang. Keputusannya menunjukkan batu itu keluarkan bunyi wisel apabila ditembak melintasi aliran udara. Lastik tersebut boleh membuat serangan sebanyak 4 buah peluru batu dalam satu tembakan. Ini bermaksud walaupun jarak tembakannya pendek namun kerosakan hentaman peluru amat tinggi.
Dengan hadirnya bunyi wisel dari peluru batu itu, Reid merumuskan bahawa fungsi sebenar lastik batu wisel ialah mengganggu psikologi musuh dengan ketakutan. Bunyi itu diperlukan untuk membuatkan musuh terdiam, kemudian membatalkan formasi tentera bagi mengelakkan diri dari ditembak. Mungkin juga tentera Rom menembak dengan jarak begitu jauh bagi menakutkan musuh yang berlindung.
Maka, lastik batu wisel ialah senjata yang ampuh untuk tentera Rom memenangi perang, bukan saja mempunyai impak tembakan yang kuat, malah mampu menggugat psikologi musuh.
Pembaca boleh tonton video ini tentang peluru batu wisel:
RUJUKAN:
Dimri, B. (16 August 2021). Whistling Sling Stones: Psychological Warfare and the Roman Army. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih