Laser
yang berkuasa mempunyai medan kegravitian yang mampu megherot (warping) fabrik alam di sekitar laser
tersebut. Hal ini dapat membuatkan saintis lebih memahami bagaimana graviti
berkelakuan di alam kuantum.
Analoginya seperti sebatang kayu yang anda lontar ke fabrik kain. Kesan herotan fabrik kain tersebut dapat dianalogikan sebagai apa yang berlaku pada ruang. Cahaya mempunyai graviti kerana ia membawa tenaga. Menurut teori kerelatifan umum yang diasaskan oleh Einstein, apa sahaja yang mempunyai tenaga turut mempunyai graviti walaupun cahaya tidak berjisim.
Sekumpulan penyelidik dari Eberhard Karls University of Tubingen mengesahkan medan kegravitian yang dihasilkan oleh cahaya patut wujud walaupun terlalu kecil untuk dikesan. Secara prinsipnya, objek mampu mengorbit laser seperti mana bulan mengorbit bumi walaupun pengorbitan tersebut mungkin tidak stabil kerana graviti laser memudar secara perlahan.
Mereka
juga menemui fabrik ruang-masa diherot apabila pancaran laser itu diputarkan.
Fabienne Scheiter menyebut, “It’s like
how if you put a ball into honey and spin it, it drags along the honey around
it.” Seperti objek lain, laser juga dapat memperlahankan masa kerana
gangguan graviti. Tetapi perubahan masa itu tidak dapat dikesan kerana medan
kegravitian yang dihasilkan terlalu lemah.
Kalau
kita dapat menghasilkan pengesan yang cukup berkuasa, ia mungkin dapat membantu
kita untuk menghubungkan mekanik kuantum dan graviti yang selami ini bercanggah
antara satu sama lain.
Rujukan
- Schneiter,
F., Rätzel, D., & Braun, D. (2018). The gravitational field of a laser beam
beyond the short wavelength approximation. Classical and Quantum
Gravity, 35(19), 195007. - https://www.newscientist.com/article/2180942-laser-beams-have-gravity-and-can-warp-the-fabric-of-the-universe/
- New
Scientist ISSUE 3198 agress to indemnify New Scientist Ltd and New Scientist
against any claim arising from incorrect or misleading translation.




No comments yet