Kita pasti biasa dengan kisah kenderaan yang digunakan untuk merentas benua. Ada yang menggunakan kapal atau pesawat untuk melakukannya. Tetapi pernahkah anda mendengar kisah bas digunakan untuk merentas benua?
Kisah yang dimaksudkan ialah kisah laluan bas terpanjang di dunia antara London dengan Kolkata yang popular sekitar akhir 60-an. Mengikut beberapa sumber, bas dua tingkat yang dipanggil Albert ini pernah melakukan 15 perjalanan antara India dengan Britain dan empat kali perjalanan antara London dan Sydney.
Tak percaya? Boleh lihat gambar di bawah:
Mengikut laporan, jadual sepanjang tahun disediakan untuk perjalanan antara London, Kolkata dan Sydney serta dikenali sebagai Albert Tours. Bagi perjalanan bernombor 4, 5, 6, 7, 8 dan 9, itu merupakan perjalanan ke Sydney. Manakala bagi perjalanan ke Kolkata pula, ia bernombor 12, 13, 14 dan 15.
Bila bas tiba di India, bas akan singgah di Delhi, Agra, Banaras dan akhir sekali Kolkata. Jika mengikut contoh tarikh perjalanan dari London ke Kolkata bermula pada 25 Julai 1972, bas dijangka sampai ke Kolkata pada 11 September 1972 atau 49 hari perjalanan.
Jadi bagaimana Albert Tours bermula? Menurut akhbar Central Western Daily, bas itu dilihat tidak lagi sesuai untuk kegunaan orang awam berikutan tempoh perkhidmatannya selama 21 tahun dan pernah mengalami kemalangan. Tetapi ia menarik minat seorang pengembara British bernama Andy Stewart semasa dalam perjalanan pulang ke London dan membelinya pada Mei 1968.
Stewart dan 13 rakan lagi mengubahsuai bas tersebut sebagai rumah bergerak dan memulakan perjalanan epik 16,000 kilometer dari Sydney ke London melalui India pada Oktober 1968. Laman sesawang High Road For Oz mendakwa perjalanan pertama Albert bermula di sebuah pejabat pos di Martin Place, Sydney pada 8 Oktober 1968 dan tiba di London pada 17 Februari 1969.
Albert Tours turut menawarkan khidmat mewah tambahan seperti bilik makan dan bacaan di dek bawah, tempat tidur perseorangan, ruang dalaman yang estetik dan kipas bagi memastikan penumpang merasa selesa semasa dalam perjalanan. Amat berbaloi dengan tiket yang dikenakan iaitu 85 paun yang dianggap mahal pada ketika itu.
Dan tambah menarik sepanjang sejarah perjalanan mereka, Albert Tours melalui 150 tempat pemeriksaan sempadan dan tidak pernah ditahan oleh pihak berkuasa. Malah, bas ini digelar duta kecil yang peramah di mana-mana negara yang pernah disinggahi mereka.
RUJUKAN:
Archana, KC. (2020). Throwback To 1968, When ‘Albert’ The Bus Made Trips Between London & Kolkata On ‘The World’s Longest Bus Route’. India Times. https://www.indiatimes.com/trending/social-relevance/bus-albert-london-kolkata-516851.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih