Wahai saudara seIslam ku di Malaysia, Indonesia dan Nusantara secara umumnya.
Maksiat itu bermakna melakukan perkara yang dilarang Allah. Sebarang perkara yang dilarang Allah jika dilakukan itu semuanya perkara maksiat. Namun kita di nusantara terlampau sering menggunakan dan mengaitkan perkataan maksiat dengan zina semata. Ianya pemahaman yang sekerat jalan sahaja dari pengertian maksiat yang sebenar.
Maksiat itu lebih luas maksudnya. Apabila kita menyentuh aspek laknat tuhan dalam bencana alam ianya tidak semestinya berpunca dari maksiat dari segi perspektif zina. Namun ianya kini berkemungkinan besar berpunca dari maksiat. Namun jika bukan maksiat zina maka maksiat apa?
Kita kini kaum dan bangsa yang bergelumang dengan maksiat saudara ku. Maksiat itu ialah MEROSAKKAN ALAM SEKITAR. Ianya maksiat kerana sememangnya Allah melarang dan menegah kita malah menyarankan kita menjaga alam sekitar.
Namun apa yang kita buat? Kita merosakkan tempat paya bakau. Pokok-pokok bakau kita tidak lagi dapat hidup.Ini menyebabkan kita hilang benteng pertahanan terakhir dari tsunami. Pantai kita juga terhakis kerana tiada bakau.
Kita juga berbuat maksiat dengan merosakkan kawasan batu karang. Kita menggunakan pukat tunda dan lain-lain aktiviti memancing yang menyebabkan batu karang kita musnah. Batu karang ini juga merupakan penebat bagi tsunami.
Kita juga kerap mengorek pasir dari sungai. Selain menyebabkan air sungai menjadi keruh ia juga menyebabkan sungai menjadi cetek dan sempit. Air laut tidak dapat mengalir elok apabila tsunami berlaku sekiranya sungai kita cetek.
Mungkin ada yang mengatakan ini ialah ujian. Bukanlah laknat atau azab. Perlulah kita fahami yang bahawa ujian itu adalah untuk orang yang beriman. Ianya dari tuhan bagi menguji tahap iman mereka. Manakala azab atau laknat itu pula bagi mereka yang telah melakukan dosa maksiat. Dalam ketidakperihatinan kita dalam isu alam sekitar apa jaminan kita yang kita ini cuma diuji dan bukannya dilaknat atas dosa kita dalam melakukan kerosakkan alam sekitar? Sedang kita seolah tidak peduli mana pada alam.
Maka laknat tuhan ini datang dalam bentuk tsunami… atas segala maksiat yang telah kita lakukan dengan merosakkan alam sekitar. Dan apabila berlakunya laknat tuhan.. mereka yang tidak bersalah dan tidak terlibat dengan aktiviti tersebut turut menjadi mangsa. Itu benar dalam konteks laknat tuhan. Kaum Nabi Lut bukan semuanya terlibat dalam LGBT. Namun mereka menerima laknat yang sama bersama golongan LGBT apabila laknat tuhan tiba.
Maksiat itu lebih dari zina saudaraku. Dan kita kini bergelumang dengan maksiat. Selagi mana kita tidak menjaga alam ciptaan tuhan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih