Tak lama lagi, drama spinoff Game of Thrones (GoT), House of the Dragon (HotD) bakal disiarkan di HBO Max. Merupakan prekuel kepada drama yang pernah mencetuskan fenomena itu, ia berkisar tentang kisah Dinasti Targaryen dan naga mereka sebelum tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Dance of the Dragons. Tetapi sebelum itu, apa beza naga GoT dan HotD dengan naga-naga di luar sana?

Naga secara tradisinya ialah raksasa besar yang bersayap dan mempunyai kuasa untuk memusnahkan apa saja benda di hadapannya. Walaupun bentuknya berbeza-beza mengikut setiap mitos yang diketahui, raksasa ini dikenali dengan satu nama saja: naga. Tetapi dalam sesetengah mitos lain, raksasa ini turut dikenali sebagai drake, wyvern atau wyrm. Keempat-empatnya saling berbeza antara satu sama lain.

Tapi sebelum itu, kalau korang minat cerita mitologi Melayu, kami cadangkan korang dapatkan LIPUR LARA ALAM MELAYU. Tengah ada diskaun sekarang ni. Harga asal RM35 tapi sekarang boleh dapatkan dengan harga RM31.50. Beli di Shopee The Patriots: https://shopee.com.my/Lipur-Lara-Alam-Melayu-i.238336777.21315815920

Sebelum mengetahui perbezaan empat makhluk mitologi ini, apa itu naga sebenarnya? Naga merupakan sejenis raksasa reptilia besar yang mempunyai sayap seperti kelawar, kuku tajam dan sisik tebal yang meliputi seluruh badan bak perisai. Ada juga naga yang mempunyai ekor panjang dan berduri di mana ia boleh digerakkan sebagai cemeti.

Dalam kebanyakan cerita mitologi, naga boleh mengeluarkan api jika merasakan dirinya terancam. Tetapi ia juga boleh menghasilkan kilat, angin sejuk atau racun mengikut kesesuaian naratif mitologi yang didengar. Gambarannya juga berubah-ubah daripada pemangsa agresif hinggalah makhluk yang mempunyai ciri dewa/ketuhanan. Kebiasaannya, naga berperanan sebagai penjaga harta yang tidak ternilai harganya.

Naga yang ditampilkan dalam drama Game of Thrones.

Disebabkan gambaran naga sebagai makhluk kayangan, ia digambarkan mempunyai usia panjang. Selain itu, ia juga digambarkan mempunyai kemampuan untuk bertelur seperti digambarkan dalam GoT. Justeru, bila anak naga ini lahir, ia dikenali sebagai drake.

Wyvern juga merupakan naga jika mengikut takrifan Bahasa Inggeris Pertengahan/Middle English (jenis Bahasa Inggeris yang dipertuturkan selama lebih 300 tahun selepas penaklukan orang Norman hingga akhir abad ke-15). Naga atau dragon bermaksud ular (snake/serpent) dengan wyvern pula bermaksud ular tedung.

Wyvern seperti digambarkan dalam ARK: Survival Evolved

Dari segi fizikal, wyvern tidak jauh beza dengan naga kecuali dari segi saiz. Wyvern kecil sedikit berbanding naga dengan bahagian hadapannya membentuk sayap seperti kelawar. Ini menjadikan pergerakannya sama seperti burung atau kelawar. Selain itu, ia lebih menjurus kepada haiwan buas dengan magis dijadikan mekanisme pertahanan sekiranya terancam.

Tidak seperti naga dan wyvern, wyrm langsung tidak mempunyai anggota badan atau sayap. Jika ia boleh terbang sekalipun, ia dilakukan sama ada melalui magis atau kaedah lain. Disebabkan itu pergerakannya lebih halus. Bentuk wyrm lebih serupa dengan naga-naga yang ditampilkan dalam mitologi Asia Timur.

Jadi, apa beza naga, wyvern dan wyrm? Pertama, dari segi sayap, hanya naga dan wyvern saja yang mempunyai sayap besar bagi membolehkan ia terbang. Bagi wyrm pula, ia boleh terbang dengan cara meluncur atau terapung secara magis.

Kedua, dari segi bilangan anggota badan, naga dan wyvern saja yang ada. Tangan yang dimiliki dua makhluk mitologi ini lebih kepada menangkap, mencengkam atau mencakar. Sementara baki anggota badan kedua-duanya ialah bahagian kaki. Naga mempunyai anggota tubuh yang lebih tegap jika dibandingkan dengan wyvern.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ketiga, kebijaksanaan naga, wyvern dan wyrm bergantung kepada naratif sesebuah mitos. Sekiranya ia berkisar tentang konflik antara manusia dengan alam, maka naga atau wyvern ditampilkan sebagai raksasa buas yang tidak boleh ditundukkan.

Dalam cerita yang lain, ia ditonjolkan mempunyai kebijaksanaan mengakali lawan yang cuba mendapatkan harta yang dijaga atau berkomunikasi dalam bahasa manusia bagi membuat tuntutan. Sesetengah mitologi turut menggambarkan naga dan wyrm sebagai berniat baik dan cuba membantu protagonis sesebuah cerita seperti digambarkan dalam drama fiksyen sejarah Merlin, filem-filem epik Hong Kong dan filem Marvel Cinematic Universe (MCU), Shang Chi and the Legend of the Ten Rings.

Keempat, dari segi melawan ancaman, ketiga-tiga jenis naga ini mampu menghasilkan senjata berasaskan pernafasan seperti api, angin sejuk atau racun. Cuma yang membezakan wyvern dan wyrm dengan naga ialah kedua-duanya bergerak lebih pantas dan anjal bila mengelak. Wyvern dan naga juga berupaya melancarkan serangan fizikal terhadap pihak lawan. Manakala wyrm pula bergantung kepada keupayaan magis semasa mempertahankan diri.

Dalam sibuk cakap pasal naga dan perbezaan bagi setiap jenis, agaknya naga Tasik Chini masuk dalam kategori mana ya? Pastinya menarik jika kelibat wyrm yang menjadi bentuk naga di sebelah Asia Timur merupakan bentuk sebenar naga tasik berkenaan mengikut mitos orang Jakun yang menetap di situ.

Mungkin pada peminat GoT, naga nampak sama saja. Tetapi ia amat signifikan kepada dunia fantasi berkenaan kerana naga mengubah sepenuhnya hasil peperangan lagi-lagi bila dikawal oleh kerabat diraja Targaryen. Salah satu naga yang bakal membuat kemunculan di HotD ialah Vhagar dengan salah seorang penunggangnya ialah Putera Daemon Targaryen (Matt Smith).

Dalam GoT, kelibatnya hanya sebagai tengkorak naga yang dibuang ke Red Keep atas arahan Raja Robert Baratheon (Mark Addy). Tetapi bagi kerabat Targaryen terutama Daenerys (Emilia Clarke), ia merupakan lambang kekuatan mereka. Dengan menamakan salah satu kapalnya berdasarkan nama naga yang pernah menjadi tunggangan keluarganya, ia bukan sekadar menunjukkan kebangkitan semula Daenerys untuk menggulingkan Dinasti Baratheon. Tetapi ia turut melambangkan naga telah kembali ke Westeros.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:

World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN

10Differences.org. Dragon Vs Wyvern Vs Drake Vs Wyrm: What’s the Difference?.

DifferenceBetween.net. Difference Between Wyvern and Dragon.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply