Ketika ini, ramai tak sabar menonton filem keempat Thor terbitan Marvel Studios iaitu Thor: Love and Thunder. Tetapi kalau ikut pengumuman Disney baru-baru ini, nampak gaya tayangannya di Malaysia akan diperam untuk satu tempoh yang tak dinyatakan. Dengan pengumuman tersebut, melepaslah orang melihat kelibat Hercules yang digalas salah seorang bintang drama Ted Lasso, Brett Goldstein.

Tetapi sebelum menyentuh pasal hal itu, siapa sebenarnya Hercules ini? Hercules dalam dunia mitologi Yunani merupakan anak kepada dewa utama Yunani, Zeus dengan bondanya Alcmene merupakan manusia biasa. Alcmene bagaimanapun bukan calang-calang orang kerana beliau merupakan isteri kepada jeneral Thebes yang terkenal, Amphitryon.

Zeus dikenali sebagai buaya darat dan ia banyak disebut dalam pelbagai cerita mitologi Yunani. Disebabkan perangainya itu, bukan sekali isteri Zeus, Hera naik minyak walaupun sudah mempunyai tujuh orang isteri. Sekiranya identiti wanita-wanita yang ditiduri Zeus diketahuinya, Hera akan mengenakan pelbagai seksaan terhadap mereka. Antara yang pernah merasa kemurkaan dewi wanita dan perkahwinan Yunani itu ialah Io, Semele, Lamia dan Gerana.

Walaupun sudah berkali-kali kantoi kerana berlaku curang dengan Hera, Zeus masih tak faham bahasa. Dan itu yang berlaku kepada bonda Hercules, Alcmene. Sebaik saja dewa langit dan kilat Yunani itu melihat wajahnya, Zeus sudah dilamun asmara dan menyamar sebagai Amphitryon untuk menidurinya.

Hercules mencekik ular-ular tedung yang mahu membunuhnya.

Sebaik mengetahui apa yang berlaku termasuk Alcmene mengandung akibat perbuatan suaminya, Hera mengamuk bukan kepalang. Hera cuba menghalang kelahiran bayi wanita berkenaan tetapi gagal. Malah, ular-ular tedung turut dihantar dengan tujuan membunuh bayi yang baru lahir itu di kediaman Amphitryon. Tetapi bayi yang diberi nama Hercules itu bertindak membunuh semua ular yang dihantar Hera.

Hercules diberi pendidikan terbaik oleh ‘bapanya’, Amphitryon dalam pelbagai perkara seperti menunggang kuda, gusti, memanah dan bermain pedang. Tetapi tiada siapa yang dapat menjelaskan kekuatan luar biasa yang dimiliki beliau. Tetapi yang pasti, disebabkan kemahiran dan keberaniannya sebagai pahlawan Thebes, namanya harum dalam kalangan penduduk sehingga dikahwinkan dengan puteri pemerintah kerajaan berkenaan.

Tetapi dendam Hera tidak pernah terpadam walaupun selepas Hercules menginjak usia dewasa. Pada satu hari, dia mencetuskan kegilaan dalam kepala putera Alcmene itu sehingga mendorongnya membunuh isteri dan anak-anaknya. Asas cerita ini turut menjadi penggerak plot filem Hercules (2014) yang menampilkan Dwayne Johnson sebagai Hercules.

Kegilaan Hercules ini hanya dihentikan selepas seorang lagi dewi Yunani, Athena mengetuk kepalanya sampai pengsan. Sebaik sedar dan mengetahui apa yang berlaku, dia merasa sedih dan ingin membunuh diri. Bagaimanapun, hasratnya itu dihalang oleh sepupunya Theseus yang menganggap penyelesaian itu sebagai cara pengecut. Sebaliknya, dia menggesa Hercules mencari jalan lain untuk menebus dosanya atas apa yang berlaku.

Kalau berminat untuk mendalami ilmu alam Melayu, anda dialu-alukan beli buku Lipur Lara Alam Melayu melalui https://shopee.com.my/Lipur-Lara-Alam-Melayu-i.238336777.21315815920

Dewa kebenaran Yunani Apollo tahu apa yang menimpa Hercules bukan salah dirinya. Dia tahu pelaku sebenar yang mencetuskan kegilaan pahlawan itu ialah bonda tirinya Hera. Tetapi bagi mengelak hal ini daripada terus berlanjutan, Apollo mengarahkan Hercules melakukan 12 tugasan berat untuk Raja Mycenae, Eurystheus. Setelah semua tugasan ini selesai, maka semua dosa yang ditanggungnya akan terhapus.

Eurystheus mempunyai sebab kukuh untuk melihat Hercules gagal dalam semua tugasannya. Selain mengikut arahan penaungnya Hera, baginda juga melihat pahlawan Thebes itu yang juga sepupunya sebagai pencabar yang boleh merampas kedudukannya sebagai Raja Mycenae. Justeru, semua tugasan direka agar ia kelihatan mustahil untuk diselesaikan olehnya.

Sekali pandang, semua 12 tugasan ini merupakan tugasan yang sukar. Tugasan-tugasan yang menanti Hercules ialah membunuh singa Nemea, membunuh Hydra, menangkap rusa Ceryneia, membersihkan kandang lembu Augeas, membunuh burung-burung pemangsa Stymphalia, menangkap lembu Crete (bapa sebenar kepada makhluk mitologi Minotaur), menangkap kuda-kuda Diomedes, mengambil tali pinggang pemerintah Amazon, Hippolyte, mencuri lembu milik gergasi Geryon, mencuri buah epal Hesperides dan menangkap Cerberus (anjing neraka berkepala tiga).

Hercules perlu membunuh singa Nemea, salah satu daripada 12 tugasan Raja Eurystheus.

Bagi manusia biasa, semua ini merupakan misi mustahil. Sesetengahnya berpotensi meragut nyawa seperti membunuh singa Nemea atau Hydra. Bagi yang lain pula, ia memerlukan kebijaksanaan dan kelicikan serta timbang rasa (Cerberus dan rusa Ceryneia). Tetapi ia berjaya dilakukan oleh Hercules tanpa sebarang masalah.

Hercules kemudiannya terlibat dalam banyak lagi pengembaraan tetapi ia tidak sehebat 12 tugasan Eurystheus itu. Merasakan ajalnya sudah tiba, beliau mendaki Gunung Etna dan menyediakan sebuah tempat khas untuk membakar mayatnya. Selepas menyelesaikan semua urusan termasuk pembahagian harta, mayat Hercules ditutup dengan belulang singa Nemea yang dibunuhnya bertahun-tahun sebelumnnya sebelum dibakar.

Sementara proses pembakaran mayat sedang berjalan, Zeus meminta dewa-dewi Yunani untuk mengasihani Hercules dan membenarkannya bersama mereka di kayangan. Walaupun Hera cuba membantah cadangan suaminya itu, cadangan Zeus diterima oleh semua. Lantas, roh Hercules dibawa oleh Athena ke Gunung Olympus sekaligus merealisasikan impian dewa utama Yunani itu kembali bersama dengan anak yang dikasihinya.

Mitos Hercules terus hidup sepanjang zaman termasuk diadaptasi sebagai watak Marvel Comics. Ia diperkenalkan oleh Stan Lee dan Jack Kirby sekitar tahun 1965 sebagai watak antagonis kepada Thor. Dengan pengenalan Zeus (Russell Crowe) dan Hercules dalam Thor: Love and Thunder, dunia MCU dijangka mengalami perubahan besar termasuk pengenalan watak-watak dan dunia baru yang hanya dikenali dalam mitos atau komik.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

History.com. (2019, 7 Jun). Hercules.

J. Mark, J. (2014, 23 Julai). The Life of Hercules in Myth & Legend. World History Encyclopedia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply