Tidak jauh daripada bandaraya Bogota, menyusuri Lebuhraya Autopista, terletaknya sebuah dataran tinggi yang serba kehijauan di kawasan perkampungan.
Dataran ini diberikan nama Altiplano Cundiboyacense yang mempunyai ketinggian sekitar 2.6 kilometer dari aras laut.
Di sebalik kekayaannya dari segi budaya dan sumber alam, Altiplano Cundiboyacense mempunyai lagenda menarik yang masih diperhatikan sampai hari ini.
Lembah ini pernah didiami sebuah suku bernama Muisca sejak 1270 S.M. Kemajuan mereka dikatakan setaraf dengan peradaban-peradaban seperti Aztec, Inca dan Maya.
Dan mereka mempunyai seorang penghulu yang berunsurkan mitos kebudayaan begitu mendalam. Dengan kemajuan dinikmati, peradaban Muisca ini disebut-sebut dan dikaitkan bersama emas.
Disebabkan itulah nama El Dorado diberi, bererti “Sang Emas” asalnya daripada El Hombre Dorado (Lelaki Emas) atau El Rey Dorado (Raja Emas). Namun kisah seorang El Dorado sangatlah mendalam.
Perjalanan Menjadi Penghulu
Upacara memulakan perjalanan seorang penghulu mempunyai keunikan tersendiri. Seorang calon yang dipilih untuk mendiami sebuah gua buat suatu masa yang ditetapkan.
Tiada siapa boleh menemaninya, terutamanya kaum wanita. Tidak cukup dengan pengehadan sosial, beliau juga diharamkan garam dan cahaya matahari.
Seusai saja proses ini, beliau perlu keluar dan mengembara ke Tasik Guatavita yang turut berada dalam Altiplano Cundiboyacense.
Pengiring-pengiring penghulu ini pula perlu membuat sebuah rakit yang wajib dihiasi dengan perkara paling bernilai mereka miliki.
Empat unggun api disediakan untuk memb4kar haruman seperti damar dan gaharu. Asap yang berkepulan dikatakan boleh menutupi cahaya pun.
Dan calon penghulu kemudiannya dib0g3lkan untuk upacara lumuran tanah liat yang dicampurkan dengan serbuk emas.
Dilitupi habis, calon penghulu perlu membawa emas dan zamrud untuk diberikan kepada dewa mereka.
Maka menaiki rakit tersebut bersama empat pembesar utama yang perlu bert3l4njangan juga, setiap seorang melengkapkan upacara keagamaan ini di tengah-tengah tasik dimana mereka akan mengibarkan bendera untuk mendiamkan semua.
Apabila bendera ini diturunkan, rakit tersebut perlu kembali ke tebing dimana sorakan bermula dengan tiupan seruling dan nyanyian lagu.
Calon penghulu tersebut kemudiannya dianugerahkan darjat diraja sebagai penguasa paling besar bernama El Dorado.
Mitos Selain Raja
El Dorado memakai serbuk emas seolah-olah nilainya seperti garam halus. Tetapi apabila hikayat ini menular di seluruh dunia, ia mula berubah daripada penghulu diraja kepada bandaraya yang hilang.
Pengaruh El Dorado diperkenalkan di Eropah berdasarkan kisah daripada Juan Martinez. Beliau merupakan nakhoda persenj4taan dibawah Diego de Ordaz.
Menghampiri aj4lnya, Martinez mengatakan bahawa mereka pernah menyinggah bandar Manoa. Beliau secara tidak sengaja menyebabkan keb4karan dalam simpanan serbuk pelvru, sekaligus dihvkum bvnuh.
Tetapi sahabat-sahabatnya membenarkan Martinez lari menggunakan sebuah bot, yang beliau dibawa orang-orang tempatan ke bandar tersebut.
Tiada siapa tahu sama ada Martinez berkata benar atau sedang meracau dalam khayalan pra-aj4l. Tetapi kisahnya menjadi sensasi besar dalam kalangan bangsa-bangsa Eropah.
Sudahlah pada masa itu Ferdinand Magellan baru sahaja membuat pencapaian besar. Kegilaan mencari Dunia Baru (the New World) pun menarik perhatian mereka dengan kepercayaan memang ada harta-harta tersembunyi.
Penjelajahan untuk mencari harta-harta tersebut banyak dibuat bangsa Sepanyol. Mereka melabur begitu banyak untuk menemui bandar Yang Emas (El Dorado) ini.
Tanpa lokasi yang tepat, El Dorado sukar ditemui. Satu demi satu ekspedisi menelan kepahitan hampa sebelum berputus asa.
Sir Walter Raleigh merupakan antara yang mengusahakan pengembaraan pada tahun 1594, mengatakan bahawa El Dorado mesti terletak di Tasik Parime merentasi Sungai Orinoco di Venezuela.
Masalahnya Tasik Parime itu sendiri tidak ditemui. Rahsia agung Muisca jika ada masih tersembunyi di Altiplano Cundiboyacense – yang mana pengaruh Sepanyol hanya menyumbang dengan pemberian nama El Dorado sahaja.
Ini juga sebab kenapa Tasik Guatavita digelar “Tasik Emas Orang Bodoh”.
Metafora Moden
Disebabkan kegigihan Eropah, nama El Dorado telah menjadi sebutan moden sebagai metafora bagi mengukuhkan perkataan sedia ada.
Mana-mana lokasi yang kejayaan diperolehi dengan pantas diberikan timangan El Dorado. Perkataan ini berdiri bersama banyak perkataan lain melambangkan perhatian panas yang menjadi pencarian.
Holy Grail, Fountain of Youth dan Shangri-la semuanya mewakili metafora dunia untuk cara hidup semasa. Johannesburg di Afrika Selatan pun digelar El Dorado kerana simpanan emas besarnya di Witwatersrand.
Andainya dibangunkan populasi Latin, tidak pelik jika Singapura pun mesti dipanggil El Dorado Asia. Malah El Dorado juga telah menyumbang kepada satira Helldorado terhadap Tombstone, Arizona.
Sekitar 1880-an, seorang pelombong yang menyampah dengan kerjanya telah meletakkan jawatan untuk mencari El Dorado.
Misi agung tersebut dilepaskan dengan penuh hampa, kerana bekas pelombong tersebut akhirnya menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan membasuh pinggan di restoran-restoran ditemuinya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih