Jumaat, 23 Oktober 202623 Okt 2026
Falsafah Alamiah

Kultus Penyembahan Matematik Oleh Pythagoras

Pada
kira-kira tahun 700 sebelum masihi, terdapat suatu gerakan ‘agama’ ataupun
mungkin lebih tepat dipanggil sebagai ‘kultus’ (cult) yang menyembah matematik sebagai entiti Tuhan. Kultus ini diasaskan
Pythagoras, seorang ahli matematik ulung Yunani. Pythagoras mempunyai falsafah
bahawa matematik merupakan kunci rahsia kosmos, alam dan kehidupan.

Falsafah
ini merupakan integrasi mistik dan matematik. Malah, perkataan ‘mathematics‘ dicipta oleh Pythagoras
yang bermaksud ‘disiplin belajar’. Pythagoras dan mengikutnya (Pythagorean) lebih cenderung dan sesuai
digelar sebagai ahli falsafah metafizik yang menjadikan nombor sebagai pusat
doktrin mereka. 

Menurut
Pythagorean, nombor merupakan entiti hidup dan prinsip sejagat yang meresap
segalanya bermula dari langit sehinggalah pada etika manusia. Falsafah
Pythagoras ini telah menjadi satu bentuk kepercayaan bahawa matematik itu bukanlah
ciptaan manusia, tetapi mampu wujud tanpa wujudnya manusia. Suatu persamaan
matematik, tidak dicipta, tetapi ditemui oleh manusia.

Pythagoras
mendefinisikan nombor pada dua asas utama, iaitu Intelektual dan Sciential.
Intelektual bermaksud nombor mempunyai keabadian. Nombor merupakan akar dan
fundamental untuk segala-galanya. Sciental pula bermaksud produk ataupun hasil
daripada nombor tersebut. Manifestasi fizikal matematik yang membentuk realiti.

Ketaksuban
Pythagoras pada nombor bermula daripada eksperimennya ke atas muzik dan pemerhatiannya
ke atas angkasa. Pythagoras pernah mencuba untuk memahami hubungan antara
matematik, muzik dan angkasa.

Pythagoras
menemui bagaimana susunan tetali yang betul dapat menghasilkan harmoni muzik
yang cantik. Selepas itu, Pythagoras menemui bagaimana nisbah 1:1, 1:2, 1:3 dan
seterusnya dapat menghasilkan melodi yang berbeza-beza. Pythagoras merasakan
hubungkait antara keharmonian muzik dan susunan nombor yang cantik ini
merupakan suatu bentuk ‘kosmos’ (beautiful
order of things
) dan ‘harmonia’ (fitting
together
).

Dalam
astronomi, Pythagoras percaya bumi berbentuk sfera kerana sfera merupakan
bentuk yang paling sempurna, tertinggi dan mempunyai nilai estetik dalam
matematik. Beliau juga menyatakan setiap planet bergerak mengikut orbitnya
sendiri. Pembentukan buruj dan bintang di langit diperhati oleh Pythagoras
mempunyai kecantikan bentuk dan matematiknya yang tersendiri.

Pythagorean
sendiri terpesona dengan kejadian ini di mana gerakan bintang planet dan
keharmonian muzik bergantung pada matematik untuk wujud dan manifestasi
kecantikannya. Dikatakan Pythagorean
mampu mendengar muzik daripada gerakan planet-planet di angkasa.

Gaya
hidup mereka lebih cenderung pada vegetarian. Mereka juga percaya pada
kehidupan abadi dan perpindahan roh. Mereka pernah mengorbankan manusia untuk
dipersembahkan kepada matematik. Menurut Pythagorean, Tuhan bukan ahli
matematik, tetapi matematik itu sendiri adalah Tuhan.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet