Ahad, 25 Oktober 202625 Okt 2026
Marcapada Dunia

Krisis Politik Israel – Percaturan Benjamin Netanyahu Tidak Menjadi

Buat julung kalinya dalam sejarah politik Israel, rakyat
negara tersebut perlu menyertai pilihanraya dua kali dalam masa setahun. Krisis
politik ini bermula pada 9 April 2019 apabila Likud dan Kahol Lavan
masing-masing mendapat 35 kerusi dengan 9 parti lain berkongsi 50 kerusi
selebihnya. Dalam pilihanraya ini, Kahol Lavan yang diketuai Benny Gantz
melonjak 24 kerusi. Maka tiada parti boleh membentuk kerajaan melainkan melalui muafakat dengan
parti-parti lain
bagi mendapatkan 61 majoriti.

Maka Benjamin Netanyahu yang menjadi Perdana Menteri Israel
sejak tahun 2009 berdepan dengan realiti bahawa Benny Gantz boleh mengambil
alih kerajaan. Namun Gantz dan Kahol Lavan berundur. Mengikut perlembagaan,
Presiden Reuven Rivlin mengesahkan Netanyahu kekal sebagai Perdana Menteri
dengan syarat membentukkan pakatan
bersama parti-parti lain sebelum 29 Mei
.

Sebenarnya perkara ini bukanlah baharu bagi Netanyahu. Dalam
pilihanraya-pilihanraya sebelumnya pun sama. Beliau perlu bermuafakat. Pada
tahun 2015, beliau mengesahkan kerajaan baharu dua jam sebelum waktu penamat
dengan Likud bersama Rumah Yahudi, Judaisme Taurat Bersatu (UTJ), Kulanu dan
Shas. Sebelumnya pun beliau membentuk kerajaan muafakat juga. Namun kali ini,
beliau berdepan dengan beberapa kes korupsi. Pada 28 Februari 2019, beliau
menjadi perdana menteri pertama yang bakal didakwa dalam mahkamah (Talmazan
& Goldman, 2019).

Rundingan bersama parti-parti lain kali ini tidak membuahkan hasil. Netanyahu
sudahpun mendapat sokongan daripada Avigdor Lieberman iaitu ketua Yisrael
Beitenu. Tetapi parti pro-sekularisme ini hanya mendapat lima kerusi. Pakatan
Netanyahu-Lieberman memerlukan sokongan daripada parti-parti Ultra-Ortodoks
(Haredi). Cuma masalah antara kerjasama sedemikian ialah Haredi menentang undang-undang kewajiban masuk tentera (Haaretz,
2019). Tetapi sokongan parti-parti Shas dan UTJ akan mendekatkan Netanyahu
dengan garisan majoriti.

Netanyahu juga tidak mendapat sokongan daripada Parti Buruh.
Dan kerajaan sepakat bersama Gantz pun tidak boleh dibentukkan oleh kerana kes
rasuah Netanyahu. Maka datang sahaja 29 Mei, dengan tempoh lanjutan dua minggu,
Netanyahu-Lieberman gagal membentuk
kerajaan muafakat
dengan mana-mana parti lain. Presiden Rivlin pun bakal
memilih Gantz sebagai Perdana Menteri Israel. Untuk mengelakkan laluan mudah
sedemikian, Parlimen Knesset mengundi untuk dibubarkan demi pilihanraya baharu
pada 17 September 2019.

Keputusannya pula tidak
berpihak kepada Netanyahu
. Kahol Lavan dan Likud masing-masing kehilangan
dua dan empat kerusi. Berlaku pula kebangkitan politik bangsa Arab dengan
gabungan Joint List antara Balad, Ta’al, United Arab List dan komunis Hadash.

Israel perlu melalui pilihanraya semula, yang pada 17
September 2019 keputusannya tidak berpihak kepada Netanyahu. Kahol Lavan
kehilangan dua kerusi. Likud pula kehilangan empat kerusi. Dan Joint List
diketuai Ayman Odeh yang mendapat 12 kerusi. Tiada parti mendapat majoriti dan Likud pula berkurangan kuasa
Knesset. Dan Netanyahu pun membatalkan kunjungannya dalam Perhimpunan Agung PBB
untuk menyelesaikan krisis politik ini.

Apa yang sepatutnya menyelesaikan krisis politik nampaknya
menjerut Israel lebih ketat lagi. Dan sebaik sahaja pilihanraya tamat, Netanyahu
dan Gantz telah memulakan perbincangan penting bagi menentukan pegangan
kerajaan. Seperti biasa Netanyahu mencuba nasib dengan parti-parti berhaluan
kanan dan agama, sementara Gantz pula menghimpun sokongan dalam kalangan
parti-parti tengah dan kiri. Lieberman sekali lagi berdiri di atas pagar
sebagai kingmaker untuk bersatu
bersama Likud, Kahol Lavan dan Yisrael Beiteinu.

Sungguhpun begitu, perjalanan masih belum selesai. Kerana
Netanyahu yang merupakan ketua parti kedua paling berkuasa dalam Knesset
bertegas untuk kekal sebagai Perdana Menteri. Penguasaan beliau pun membolehkan
sebarang usaha untuk memperkenalkan
undang-undang imuniti.

Sehinggalah selesai perbicaraan, Benjamin Netanyahu bukan
sedang berjuang untuk karier politiknya sahaja. Beliau sedang bertarung demi
masa depannya sama ada penjara atau kuasa. Jadi usaha Likud untuk menghalang
Gantz daripada tampuk ketua kerajaan barangkali masih hidup, hanya jika Gantz
terima tawaran ini untuk menjadi parti minoriti meskipun mempunyai kuasa paling
besar dalam Knesset.

RUJUKAN

After Netanyahu Fails To Form Government, Israel To Hold New Election. https://www.haaretz.com/israel-news/elections/after-netanyahu-fails-to-form-government-israel-to-hold-new-election-1.7306156

Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu to be indicted on corruption charges. https://www.nbcnews.com/news/world/israel-prime-minister-benjamin-netanyahu-indicted-bribe-fraud-charges-n977571

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet