Dipertengahan 1970-an, PAS terbahagi kepada dua kelompok. Penyokong Datuk Mohd Asri (Presiden PAS) dan pengikut Datuk Muhammad Nasir yang jadi Menteri Besar Kelantan masa tu.

 

Pengikut Datuk Muhammad Nasir adakan demonstrasi pada 24 September 1977 di Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan. Sebabnya diorang bantah penyokong pro Asri. Dikatakan lebih 80,000 rakyat Kelantan ikut serta.

 

19 Oktober 1977 satu demontrasi diadakan. Kira-kira 20,000 rakyat Kelantan berarak dari Padang Merdeka ke Pejabat Setiausaha Negeri.

 

Datuk Muhammad Nasir digulingkan dari jawatan MB Kelantan melalui usul undi tak percaya. Usul tu dibuat oleh 20 orang ADUN Kelantan dari PAS yang diketuai oleh Datuk Haji Ishak Lutfi Omar.

 

Kerajaan MAGERAN diisytiharkan di Kelantan pada 8 November 1977. Darurat atau perintah berkurung diisytiharkan. Kerajaan pusat tak nak berkerjasama dan terima pendapat majoriti ADUN Kelantan. Kerajaan pusat nak wujudkan Akta Darurat dan Kerajaan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) di Kelantan tanpa rundingan dan rujukan dengan PAS.

 

BN dan PAS ketika itu memang bergabung untuk bentuk kerajaan. Pemimpin PAS dalam Kabinet Kerajaan Malaysia terpaksa letak jawatan, kecuali Haji Hasan Adli.

 

Diorang terpaksa buat macam ni sebab PAS katanya dah langgar disiplin, kerana Datuk Asri bantah Akta Darurat. Rang undang-undang akta dibentangkan Perdana Menteri Datuk Hussein Onn di Dewan Rakyat Kuala Lumpur pada 19 Oktober 1977.

 

Sistem pemerintahan demokrasi digantung dan ditadbir secara ’de facto’ oleh kerajaan pusat apabila MAGERAN diisytiharkan pada 8 November 1977 di Kelantan.

 

Sehingga 8 Nov 1977, perintah berkurung, perhimpunan awam dan demonstrasi menyebabkan 19 orang cedera parah, 35 harta benda rosak dan 280 orang ditangkap.

 

Pada 13 Disember 1977, PAS disingkirkan dari BN sebab tak nak ikut BN mengenai Undang-undang Darurat. Pada 12 Januari 1978, pemerintahan MAGERAN ditarik balik.

 

Pada 11 Mac 1978, Kelantan diumumkan akan adakan PRU. Dalam PRU ni, PAS kalah teruk, Dari 43 kerusi DUN seluruh negara pada tahun 1974, tinggal 11 je pada tahun tu.

 

Datuk Muhammad Nasir akhirnya keluar PAS dan tubuhkan Parti BERJASA. BERJASA bergabung dengan Barisan Nasional dan Mohamed Nasir jadi ahli Dewan Negara dan Menteri tanpa portfolio dalam kerajaan persekutuan manakala Mohamed Yaacob daripada UMNO menjadi Menteri Besar Kelantan yang baru.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Macam mana kita nak tau apa ideologi politik pemimpin sesebuah parti? Persoalan-persoalan seperti asas, ideologi dan prinsip politik dimuatkan di dalam POLITIK UNTUK PEMULA. Dapatkan segera!

https://bit.ly/3frB0C5


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply