Kota Melaka di Zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah Kota yang sangat makmur, moden dan kaya raya. Diberitakan adanya Lebuh di Pasar Melaka, Lebuh ini adalah jalanraya utama Pasar Melaka.
Portugis dapat banyak maklumat dan hasil risikan daripada rumah-rumah persundalan yang terdapat di Bandar Melaka. Juga, terdapat taman-taman bunga yang menjadi pilihan orang-orang kenamaan serta pedagang yang kaya-raya untuk berlibur di waktu senggang.
Faktor Kemodenan Pasar Melaka termasuklah dari segi:
1) Keselamatan yang tersusun dan menyeluruh.
Di samping itu, urusan percukaian dan pentadbiran pelabuhan serta kedai-kedai pula diselia oleh Penghulu Bendahari Seri Nara Diraja. Di bawah Penghulu Bendahari inilah diwujudkan jawatan Syahbandar-syahbandar yang mengawal selia pelabuhan. Dalam Sejarah Melayu, jelas diterangkan orang-orang Temenggung bertindak merobohkan binaan kedai yang melebihi kawasan sepatutnya dan menutupi Lebuh. Walaubagaimanapun, banyakj peristiwa sorong-menyorong (rasuah) berlaku di zaman itu menyebabkan peniaga tidak berpuas hati dengan pembesar.
2) Pembentungan yang aseptik dan terjamin bersih.
Walaupun tiada jumpaan pembentungan yang dijumpai, tetapi admin yakin dan percaya bahawa system pembentungan yang sistematik telah wujud di Kota Melaka secara menyeluruh, sama ada system perparitan yang bersepadu bagi mengelakkan banjir, serta system tali air bagi mengairi tanaman. Pengurusan Sisa pula kebiasaannya menggunakan Tangki Septik jenis lubang dalam, yang masih dipraktikkan di zaman British dahulu. Namun, berkemungkinan ada hamba yang ditugaskan untuk menguruskan sisa pepejal ini dan ditempatkan dalam kolam najis yang bersistematik.
3) Sistem Pengairan yang bersistematik, terdapat kincir-kincir air dan sistem telaga di segenap bandar Melaka untuk bekalan air.
Dalam proses pemuliharaan dan pengindahan Sungai Melaka, sebuah kincir air dijumpai di tebing Sungai Melaka. Kincir air ini mempunyai pengaruh tamadun islam dan dipercayai dibina in-situ (secara local) kerana binaannya yang besar dan menggunakan system pengairan yang bersistematik. Daripada kincir air ini, air sungai akan dicedok secara automatic dan dimasukkan ke dalam saluran air berpusat, mungkin diperbuat daripada batu besi, buluh mahupun besi dan ditapis menggunakan sistem penapisan pasir (sand filter), sebelum diedarkan ke seluruh Bandar Melaka dengan tindakan graviti.
Selain itu, terdapat sistem telaga yang berfungsi menjadi pusat bekalan air di pinggir Bandar seperti yang masih wujud di Duyung (Perigi Hang Tuah) dan Perigi Raja (Bukit China).
4) Sistem lampu yang bersistematik, bukan sekadar jamung, tetapi ada pelita atau lampu gasolin klasik.
Dalam Sejarah Melayu juga dikatakan, jika berjalan malam dari Batu Pahat sampailah ke Jugra, tidak perlu membawa jamung kerana ada sistem pencahayaan yang sistematik.
5) Bangunan yang sistematik dan mewah.
6) Sistem percukaian dan kegiatan perdagangan entreport yang moden dan bertaraf dunia, siap dengan sewaan gudang, bilik kebal, bilik bawah tanah, Pajakan, bank (sistem kewangan) dan sebagainya, dengan pitih digunakan sebagai matawang secara menyeluruh.
Sayangnya, penjajah (baca British) mengebom dan memusnahkan kota2 peninggalan Melaka, seterusnya membangunkan Kota bercirikan British, serta mengekalkan bangunan-bangunan belanda yang lain. British juga giat menambak lautan di sepanjang Pantai Melaka dari Tahun 1930-an untuk apa?? Untuk menyembunyikan kesan-kesan Sejarah Keagungan suatu bangsa…
*Mungkin bawah Mahkota Parade tu masih ada beratus-ratus kapal yang karam.
Rujukan:
1) Blog Lokalgenius
2) J.V.Mills. Eredia‟s Description of Malacca, Meridional India, and Cathay; Translated from the Portugese with notes. MBRAS Reprint 1997
3) JMBRAS – Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society
4) Sejarah Melayu Versi Raja Bongsu dan Shellabear.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih