Kota yang terletak di Tebing Barat Palestin ini didakwa sebagai penempatan kota paling tua di dunia. Lokasinya yang dikelilingi oleh mata air menjadi tarikan manusia selama beribu-ribu tahun. Malah, ahli arkeologi telah menemui 20 lapisan yang merekodkan sejarah penempatan sehingga sejauh 10,000 tahun!

ASAL-USUL KOTA JERICHO

Kota kuno ini pernah dicatat dalam kitab Bible berkenaan Tuhan mengarahkan ketua kaum Israel bernama Joshua untuk hancurkan kota Jericho kerana penduduknya tidak taat kepada Tuhan. Kisah ini terjadi pada tahun 8,000 SM di mana berlaku fasa Natufian, menjadikan Jericho sebagai binaan manusia tertua dunia.

Perang Jericho pun berlansung dan Joshua menggunakan Tabut As-Sakinah sebagai senjata atas perintah Tuhan. Senjata di dalam Tabut tersebut dikatakan mampu hancurkan seluruh kota hanya 7 hari saja. Setelah kota Jericho dimusnahkan, Joshua menyumpah bahawa Jericho tidak mampu dibangunkan semula. Namun Masih ramai orang cuba bangunkan semula Jericho.

Ilustrasi menunjukkan kaum Israel membawa Tabut As-Sakinah dalam misi hancurkan kota Jericho.

Kota Jericho mempunyai sistem pertahanan yang kuat dan mampu menyimpan sumber makanan selama berbulan-bulan jika berlaku sebarang perkara tidak diingini. Walau bagaimanapun, menurut sumber dari Bible, Joshua berjaya hancurkan selama 7 hari.

Ramai berspekulasi bagaimana Joshua mampu hancurkan kota yang kuat itu dengan hanya menggunakan ‘senjata’ yang tidak dikenal pasti dalam Tabut itu. Menurut ahli teori Angkasawan Kuno, mereka percaya bahawa Joshua menggunakan senjata sebenar ciptaan makhluk asing bagi menjayakan misi kehancurkan kota Jericho. Walaupun begitu, senjata apa yang sebenarnya Joshua guna masih misteri.

USAHA PENCARIAN KOTA JERICHO

Kisah kota Jericho ini kemudian menarik minat ahli arkeologi sejak penemuan pertama pada tahun 1868. Aktiviti ekskavasi yang ditaja oleh Palestine Exploration Fund membuahkan hasil apabila seorang ahli arkeologi bernama Charly Warren menemuinya di kawasan bernama Tell es-Sultan.

Beliau percaya apa yang ditemui ialah lokasi kota Jericho sebenar. Lokasi tersebut terletak berhampiran air mata berna Elisha’s Spring, sesuai dengan penerangan dalam kitab Bible.

Tapak ekskavasi Jericho dari satelit pada tahun 2008.

Kempen ekskavasi tersebut telah menemui dinding yang menjadi topik utama dalam pengesahan dinding milik kota Jericho serta memahami kisah sebenar pertempuran antara kaum Israel yang diketuai oleh Joshua dengan tentera Jericho.

Terdapat juga bukti mengesahkan tinggalan bangunan dalam lokasi ekskavasi ialah kota Jericho. Bukti itu adalah kesan serangan dan terbakar pada tinggalan tersebut, berlaku sekitar 1550 SM dan 1400 SM.

Pada tahun 1950-an, projek ekskavasi yang diketuai oleh Kathleen Kenyon telah menemui 17 buah dinding pada Zaman Gangsa. Dinding tersebut menunjukkan kerosakan oleh gempa bumi dan sebahagian rosak akibat serangan orang nomad.

Sebahagian Menara Jericho yang ditemui.

Menurut ahli arkeologi dan pengkaji sejarah dalam kitab Bible bernama Willem Boshoff, penemuan Kenyon ini tidak selari dengan kota Jericho yang dinyatakan dalam kitab itu. Kenyon juga menemui menara batu setinggi 8.5 meter yang dibina pada 8000 SM, menjadikan menara ini adalah binaan batu tertua.

Kini, kota berusia 10,000 tahun ini boleh dilawati apabila singgah di Tebing Barat hanya melalui Ramallah. Penempatan kuno ini berada di 21 meter tinggi dari paras laut dan peminat sejarah boleh menikmati permandangan kota Jericho ini. Mount of Temptation juga adalah lokasi yang harus dilawati kerana dikatakan Nabi Isa A.S. bersendirian dan berpuasa selepas menemui Nabi Yahya A.S.

RUJUKAN:

Black, John. 16 March 2022. The Ancient City of Jericho: The Oldest City in the World. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply